TERKINI

Apandi Ali AG ‘Haprak’

Khairuddin Abu Hassan (kanan) – malayadaily.com

Apandi Ali adalah seorang Peguam Negara paling ‘haprak’ dalam sejarah kepimpinan pejabat Peguam Negara boleh nasihat Kerajaan Madani untuk buat rayuan semula mengenai Pulau Batu Putih.

Nanti mereka tengok samada boleh menang ataupun menemui jalan buntu untuk mendapatkan hak ke atas Pulau Batu Putih.

Puak ‘bangang’ Kerajaan Madani mencipta isu ini semata-mata untuk mensabotaj atau mengenakan tindakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.

Kerajaan Madani gagal untuk memperolehi sebarang bukti salahlaku rasuah Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tokoh negarawan terulung ini adalah seorang personaliti anti rasuah pada realitinya.

Sebahagian daripada anggota kabinet Kerajaan Madani pernah menganggotai barisan kabinet ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia kali kedua dahulu.

Mereka tahu hakikat dan realiti kes Pulau Batu Putih tetapi kini semua diam ‘seribu bahasa’ kerana mempunyai agenda tersendiri untuk berkomplot bagi menjatuhkan kredibiliti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pihak kerajaan pada hari ini masih takut dengan pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad khususnya sokongan orang-orang Melayu terhadapnya.

Sebelum PRU16 kerajaan Madani terpaksa bertungkus-lumus untuk mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad demi bagi mereka mendapatkan semula sokongan dari orang-orang Melayu.

Namun, strategi kerajaan Madani ini bakal ‘memakan’ diri sendiri kerana semua rakyat Malaysia tahu mereka cuba menganiayai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak risau langsung kerana pengalaman lama bersama Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya Allah swt akan membela beliau. Ameen!!

Apandi Ali ‘can strip naked and fly kites!!’

Oleh : Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional

Facebook
Twitter
WhatsApp