TERKINI

Bumi Dipijak, Langit Dijunjung: Politik Malaysian Malaysia Ditolak – Bah. 2

Mansor Mohd Noor (gambar kecil) – malayadaily.com

Dalam suasana pertembungan di antara kumpulan etnik ini melangkau ketidakseimbangan sosio-ekonomi hingga ke ruang politik dengan naratif multikulturalisme lawan kewatanan, kestabilan politik negara itu pasti tergugat dan berkrisis.

Nasionalisme ekonomi mungkin melahir pertembungan ketidakpuasan hati tetapi nasionalisme etno yang tidak diurus segera akan membangkitkan pergerakan resistan dalam kalangan anak watan yang tidak akan rela kerajaan mereka diperintah oleh ‘orang asing’.

Ini adalah akar kemarahan orang Melayu yang merasa begitu tidak senang, mengugat dan melihat slogan Malaysian Malaysia itu sebagai satu percubaan untuk mempersoal dan menafikan kedudukan mereka.

Dalam suasana pertembungan di antara kumpulan etnik ini melangkau ketidakseimbangan sosio-ekonomi hingga ke ruang politik dengan naratif multikulturalisme lawan kewatanan, kestabilan politik negara itu pasti tergugat dan berkrisis.

Nasionalisme ekonomi mungkin melahir pertembungan ketidakpuasan hati tetapi nasionalisme etno yang tidak diurus segera akan membangkitkan pergerakan resistan dalam kalangan anak watan yang tidak akan rela kerajaan mereka diperintah oleh ‘orang asing’.

Ada kumpulan kecil dari generasi komuniti migran di Malaysia, walaupun sudah menjadi warga Malaysia tetapi gagal memahami lapisan sejarah dan warisan bangsa negara ini dengan masih mengangkat ideologi penjajah dan politik bangsa peneroka untuk mengubah etno-simbol bangsa Malaysia seperti bahasa, budaya, agama, perlembagaan dengan merancang untuk mengubahkan undang-undang, dasar awam, pemerintahan dan pembangunan demi mengukuh kedudukan mereka dan meminggirkan, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan hidup anak watan.

Ideologi penjajah dan politik bangsa peneroka diperjuangkan ini oleh kumpulan gagal memahami sejarah dan warisan bangsa negara ini berselindung di sebalik tuntutan hak asasi-undang sivik, kesamarataan, multi-kulturalisme dan keuntungan pasaran untuk menidakkan hak anak watan sebagai kuno, etno dan negatif.

Akhir-akhir ini di Kanada, Australia, Hawaii, New Zealand, Malaysia dsbnya, bukan sahaja anak-anak watan bangkit memperjuangkan kebebasan negara bangsa mereka dari ideologi penjajahan dan eksploitasi bangsa peneroka oleh komuniti migran Jepun di Hawaii, kulit putih dan Cina di Amerika, Asia di United Kingdom, dsbnya.

Di negara barat ini, malahan cucu-cucit generasi komuniti migran turut berjuang bersama pegerakan anak-anak watan dengan menekan keadilan dan membangkitkan keganasan penjajahan-kolonialisme ke atas anak-anak watan yang mereka seperti tanah, sejarah dan warisan berpendapat mesti dikembalikan dengan menerima dan memperakui kewatanan bangsa itu sebagai bangsa sepunya mereka demi perpaduan, kestabilan dan kemakmuran negara mereka.

Bangsa perlu dikukuhkan semula dengan membina hubungan dan solidariti kewatanan yang telah dipinggir oleh keganasan penjajahan dan peminggiran oleh tadbir urus kerajaan dan pembangunan negara pasca merdeka yang masih mengamal sistem kapitalisme laissez faire yang menguntung golongan kaya dan berkuasa.

Mengamal sistem kapitalisme laissez faire sebagai asas pembangunan negara lebih menguntung kapitalis, pedagang dan penduduk bandar. Dalam kerangka ekonomi politik ini, anak watan terus terpinggir dan akhirnya, melukut ditepi gantang.

Perlu diulangani peringatan Amy Chua dalam buku “World on Fire”, anak watan tidak akan dan tidak sekali-kali dapat menerima orang asing memerintah mereka dan mengubah naratif bangsa kewatanan mereka.

Etno-nasionalisme boleh membunuh dan ianya berbeza dari nasionalisme ekonomi yang mengkeruh suasana kehidupan sahaja.

‘Bumi dipijak di situ langit dijunjung’. Bidalan Melayu ini memberi kefahaman, memandu dan menegur supaya setiap individu, keluarga, komuniti, kaum, agama dan budaya di Malaysia agar memperakui dan menerima payung kewatanan dan bumi setempat di mana kita pergi dan membina kehidupan di tanah air tercinta ini.

Oleh itu kita perlu mendalami ilmu tentang negara bangsa, sejarah, warisan dan kehidupan setempat

Professor Dr Mansor Mohd Noor, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp