TERKINI

Cuma Pangkah, Bukan Nak Suruh Pi Perang

foto berita harian

Baru-baru ini Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) mengadakan satu majlis berbuka puasa. Majlis ini dihadiri oleh ramai pemimpin Melayu dari dunia Politik, NGO dan beberapa orang berpengaruh.

Semasa ucapan yang dibuat oleh Presiden Kehormat YKP yang juga merupakan Negarawan yang di hormati dunia, beliau telah membuat satu ungkapan yang berbunyi lebih kurang “Bukan nak suruh pi  perang, nak suruh pangkah saja, pakai pen” dalam sedikit loghat Kedah.

Mari kita lihat apa yang terjadi di Ukraine pada hari ini. bangsa Ukraine terpaksa mengangkat senjata dan menggadai nyawa mereka demi bangsa mereka dan negara mereka.

Bangsa Ukraine dan bangsa Rusia adalah dua bangsa yang berbeza, mereka menggunakan bahasa yang berbeza, asal keturunan juga berbeza. Bangsa Ukraine sanggup mati menentang bangsa Rusia agar bangsa mereka tidak dijajah kembali.

Kita kembali ke tanah Melayu dan kita lihat, pada hakikatnya kerajaan yang menguasai pemerintahan negara sekarang adalah gabungan antara PH, BN, GPS, GRS, Warisan, PBM dan KDM, selain dari PH yang lain itu hanyalah pelengkap sahaja, yang berkuasa tetap PH.

Apa yang hendak di bentangkan bukannya sesuatu yang bersifat perkauman atau pun ada niat hendak menghasut, tetapi ianya merupakan satu fakta yang tidak boleh diubah.

Dari 82 orang ahli parlimen PH, 40 adalah dari DAP, tidak kira jika ada berapa pun ahli parlimen Melayu di dalam DAP namun mereka terikat dengan keputusan parti.

Dalam PKR hanya ada 20 orang ahli parlimen Melayu, 8 Orang dari Amanah dan 1 dari MUDA maka jumlah ahli parlimen Melayu adalah 29 Orang, namun jiwa mereka belum tentu Melayu.

Bolehkah 29 orang ahli parlimen ini membawa usul ataupun cadangan yang boleh memberikan manfaat kepada orang Melayu?

Atau bolehkah 29 ahli parlimen ini membantah sesuatu usul atau cadangan yang di bawa PH, dimana ianya boleh mengurangkan kelebihan yang dinikmati oleh orang Melayu demi mendukung konsep kesamarataan dan kesaksamaan?

Bayangkan undi 29 ahli parlimen Melayu menentang undi 53 orang ahli parlimen yang lain-lain.

Kerana itulah untuk yang sekian kalinya, Presiden Kehormat YKP terus-menerus mengingatkan orang Melayu, bahawa hakikatnya kedudukan orang Melayu hari ini sudah umpama telur dihujung tanduk.

Walau bagaimana pun beliau yakin, orang Melayu masih ada peluang untuk mempertahankan dan mengembalikan kuasa politik ke tangan orang Melayu, demi masa depan anak cucu kita.

Orang Melayu perlu bersatu, bagaimana hendak melakukan itu? Letakkan tandatangan pada Proklamasi Orang Melayu, supaya kita tahu sokongan rakyat yang semakin ramai.

Wahai orang Melayu, kembalilah bertaut. Kerana kita tidak perlu bergadai nyawa keluar berperang untuk mengembalikan kuasa politik Melayu, hanya perlu pangkah dengan pen.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp