TERKINI

Kebijaksanaan Tun M Ditagih Dunia

Foto Facebook Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja menghadiri dua persidangan bertaraf dunia, satu di Seoul Korea Selatan “Asian Leadership Conference” dan satu lagi di Tokyo, Jepun “The Nikkei Conference”.

Kedua-dua persidangan ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin, ketua-ketua Korporat dan ahli akademik dari Asia dan Dunia.

Inilah bukti bahawa negarawan legenda kita masih disanjung dan dihormati oleh dunia dan mereka sentiasa menanti ucapan dan pandangan yang akan dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir mengenai masa depan dunia.

Sepanjang kedua-dua persidangan itu, Tun telah memberi beberapa pandangan dan antara kegusaran beliau ialah mengenai perkembangan peperangan antara Ukraine dan Russia.

Oleh kerana presiden Ukraine sedang menjalankan usaha memujuk dan mencari sokongan dari negara-negara selatan atau dikenali sebagai “Global South”, Tun memberi pandangan bahawa ini boleh merebak menjadi Perang Dunia ketiga.

Lebih-lebih lagi negara yang terlibat mempunyai kekuatan senjata nuklear, dunia akan musnah jika senjata ini digunakan. Maka beliau mencadangkan cara terbaik untuk penyelesaian konflik ini ialah melalui jalan Timbang-Tara.

Tun mengingatkan, populasi dunia yang semangkin berkembang dan telah mencecah 8 billion jiwa, maka dunia harus belajar mengurus populasi yang besar ini.

Jika tidak dunia akan berdepan dengan berbagai masalah dan konflik.  Apa yang Tun ucapkan akan mendapat liputan berita yang luas, sehingga sejauh Amerika Syarikat.

Itu menunjukkan apa yang Tun perkatakan bukan hanya sesuatu yang datang dari seorang tua yang sudah pencen, tetapi dari seorang pemimpin yang disegani dan dunia mengambil serius.

Seperti mana kita pernah lihat ketegasan dan keberanian Tun semasa di era 90an, apabila beliau menegur negara-negara barat mengenai ketidakadilan mereka dengan isu-isu berkaitan negara Islam terutamanya isu Palestin dan Bosnia.

Maka sewaktu di kedua-dua persidangan ini Tun membuktikan bahawa beliau masih lagi laksamana Melayu yang tidak gentar.

Tun Dr Mahathir mencadangkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu distruktur semula supaya sebuah badan seumpama sebuah Kerajaan Dunia “World Government” boleh ditubuhkan, untuk melihat kepada beberapa isu tertentu, umpamanya Pandemik Covid-19.

Beliau juga menyarankan, Asia sepatutnya membebaskan diri dari didominasi Barat melalui Ekonomi dan Politik. Seterusnya, sekali lagi Tun mencadangkan satu mata wang Asia Timur diujudkan untuk tujuan perdagangan, bagi mengurangkan kebergantungan dan pengaruh Dolar Amerika Syarikat.

Hanya Tun Dr Mahathir sahaja yang mempunyai keberanian membuat kenyataan dan cadangan sedemikian, tidak ramai pemimpin yang berani bersuara jika ianya menyentuh Amerika Syarikat, lebih-lebih lagi pemimpin Malaysia.

Seperti mana peribahasa popular; Umur hanyalah angka “age is just a number”, biarpun umur Tun Dr Mahathir hampir mencecah seratus tahun.

Tetapi Tuhan telah mengurniakan beliau dengan kesihatan yang baik dan pemikiran yang tajam, ditambah dengan kerelaan diri yang mahu terus memberi khidmat kepada negara dan dunia.

Dan dunia menghargai pemikiran beliau, sehinggakan jemputan untuk Tun dari seluruh dunia tidak pernah putus.

Didalam keadaan negara yang bagaikan tiada hala-tuju, keadaan ekonomi yang tidak begitu sihat, dengan potensi negara akan berhadapan konflik dunia.

Siapakah yang mempunyai “Wisdom” atau kebijaksanaan dan pengalaman serta pengaruh, yang boleh membimbing negara keluar dari semua kemelut ini.

Sedangkan dunia nampak kelebihan Tun, kenapa sebahagian rakyat Malaysia sendiri masih tidak? atau sengaja pejamkan mata demi kepentingan diri?

AZMAN MOHD HASHIM – Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp