TERKINI

DAP, Musang Berbulu Ayam?

Gambar hiasan – foto titian budi

Merujuk kepada satu berita yang di siarkan di freemalaysiatoday.com pada 4 July 2023 dengan tajuk “Don’t Forget DAP’s role in Dr M resignation, Zuraida Tells Loke”.

Dicatatkan bahawa Anthony Loke menolak keyataan Tun Dr Mahathir bahawa ada pihak yang mahu menjadikan negara Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan sekular.

Loke menyatakan apa yang Tun Dr Mahathir kata itu sebagai tuduhan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Kita lihat Perlembagaan DAP:

Fasal II

Matlamat 2:
Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;

Matlamat 4:
Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;

Perjuangan DAP seperti mana termaktub didalam Perlembagaan parti mereka, jelas sekali ialah memperjuangkan sebuah negara sekular dan menafikan kedudukan istimewa orang Melayu, serta menyatakan undang-undang yang melindungi agama Islam sebagai undang-undang bersifat menindas.

Identiti negara Malaysia ialah identiti Melayu, bangsa terasnya ialah orang Melayu, agama Islam dan budaya Melayu.

Jelas sekali perjuangan DAP ialah untuk mengikis identiti Melayu pada negara ini, maka kenyataan Tun Dr Mahathir berasaskan apa yang tertulis di dalam Perlembagaan parti DAP.

Tindak tanduk DAP hari ini umpama musang berbulu ayam.

Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp