Polemik; kempen dan lobi, bantah, kritik dan jenaka, bersilih ganti dikalangan golongan bijak pandai dan kumpulan yang buat-buat pandai. Semua ini melatari perdebatan antara kumpulan yang berusaha ‘meliberalkan’ Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kumpulan yang dianggap konservatif.
Sungguhpun masih banyak hujah-hujah retorika dari kedua belah pihak, namun masih ada padangan-pandangan yang menarik mengenai isu ini.
Alang nak angkat satu perbualan dari tepi jalan antara Alang dengan seorang kenalan, yang Alang selalu sapa dia sebagai ‘Abang Haji’.
Alang : Kenapa tak patut buka penyertaan kepada bukan bumi di UiTM?
Abang Haji : Boleh buka pada semua, but (bila) kita buka, dia orang akan take over. That is cara kita (Melayu) punya pemikiran, kau tahu tak dia punya fear is that; sekali engkau dah compromise dan esok yang lain-lain pun dia orang akan minta di-compromise-kan… itu yang the real fear dia (Melayu)
Bukannya dia fear untuk.. kalau kata spesifik buka ini, untuk ini saja, untuk kursus ini, untuk kali ini saja, ataupun untuk tempoh tertentu.. bukan
Isunya. Lepas kau dah bagi apa semua, then you go back into the quota system kan?
Yang ini ni dia punya kerisauan is that bila engkau undur selangkah.. you never be able to gain back that one step forward ni, tahu tak? Itu the main fear of orang Melayu
Because, apa dia dah tengok, mula-mula minta recognise SRJK, minta jadi mainstream. Lepas tu sekarang, minta grant dari Kerajaan. Lepas demand UEC pun nak kena recognise. Jadi dia keep on demanding, so orang Melayu pula keep on retreating, dia rasa… Haa.. korang tahu tak haaa… itu dia punya fear.
Isunya…bukannya masalah nak tutup tak mahu kongsi, and then bila buka, adakah dia akan jadi sesuatu permanent and bukan satu temporary arrangement… kau tahu tak?
Maknanya kalau mereka dapat masuk UiTM, ia mesti dianggap satu privilege.
Privilege kau tau? Privilege ni bila-bila boleh ditarik balik, tapi kalau dah jadi convention atau permanent, then kau tak boleh buat apa dah, dia akan jadi satu benda tiap-tiap tahun kena ambil.
Then, masalah akan bertambah bila..contoh “eh tahun dulu kau ambil thirty percent, tahun ni kau kena ambil thirty percentlah.. contoh. Betul tak?
Hmm.. this is the problem and then satu lagi, the reason why UiTM was set up, dia untuk menampung.. memberi tempat pada orang Melayu yang tak dapat peluang di universiti universiti awam yang lain.
Di institusi awam yang lain ni, dia ada dia punya place untuk non Malays apa semua, tapi sekarang bila yang ini, yang ada satu institusi Melayu pun, terpaksa dibuka.. adakah itu bermakna kuota mereka akan bertambah di universiti-universiti awam? Dah nampak masalah baru ni?
Alang : So, apa solution dia?
Abang Haji : Again, the question is, yang ada ni tak bertambah, engkau kena bahagi pula pada yang lain. Jadi berapa banyak compromise yang you have to give? Itu dia punya fear, orang Melayu punya fear.. hmm betul tak.
Alang : Tu student dah protes
Abang Haji : Bila sudah student protes, aku rasa dia nampak little bit overlah, because nampak macam.. “oh tak mahulah.. apa ni.. ini kami punya institution”.
Tapi pada aku kalau kita tengok lebih mendalam it’s the fear of bagi satu inci ni esok, you will lose another one inch and then you will continue giving up one inch.. one inch.. sampai akhirnya dia akan affect all the other institution juga because kalau UiTM dah boleh bagi dia, kenapa tak boleh bagi this, the matrikulasi apa semua ni.. betul tak? you get what i mean? Itu aku rasa the main kerisauan, nothing else.
Dari segi logikal, kalau katalah ada 500 seat untuk orang belajar medical di UiTM contoh dia, tapi yang boleh isi orang Melayu qualify cuma 400, engkau nak sombong buat apa? takkan kau nak letak 100 orang yang tak qualify yang akan gagal?
Kalau kita boleh fikir macam tu, then why not 100 extra seats tu bagi pada orang lain yang mesti akan menambah numbers of graduate from UiTM kan?
Tapi tu lah, yang merisaukan kalau kita bagi dia 100 ni dia akan demand untuk ianya jadi convention, and later on permanent, bukan satu privilege dan untuk tempoh atau masa yang tertentu.
Tu aku rasa that’s where they need to discuss very clearly. Kalau kata it’s just temperory arrangement to fill up the vacuum of lack of qualified candidates in this particular field, untill the problem is overcome, then after that, it reverts back to agreement where the reason why UiTM was set up, then I think should be okey
Alang : Apa masalah kalau tu jadi convention?
Abang Haji : Buat apa yang kau tak nak bagi orang lain masuk kalau engkau sendiri tak cukup student nak fill up that seat? Tapi bila kau bagi nanti dah jadi satu convention and ada sense of entitlement. Dulu dah bagi 100, lepas tu, kalau kau tarik balik.. “ha.. nampak UiTM rasis”.
You know.. dari non permanent punya arrangement, jadi apa? Nanti dia kata, jadi dia punya right.. esok bila dah jadi right bila kau tarik balik, sedangkan itu just temporary arrangement, bila kau tarik balik sebab kau dah cukup student Melayu nak fill up the place then you going to be accused of being racist.
Kau faham tak?
Ini betul-betul macam agenda settler colonialist.. ni lah macam dekat Israel, pun mula-mula bagi tempat tinggal pasal kena bunuh dan dianiaya di negara Barat, bagi tanah untuk nak duduk, kemudian dah bagi, lepas tu kata bagilah dia orang nak cucuk tanam, dah bagi cucuk tanam lepas tu dia kata “eh itu dah kami tanam.. tanah kamilah”. You get what i mean?
Same problem here, the principles is always the same. Seinci kau bagi, you are going to lose it, you will never get it back, itulah dia fear orang Melayu. -Tamat.
Adakah ini yang ada dalam minda orang Melayu?
Adakah ‘ketakutan’ ini tidak berasas?
Sebagai warga yang menghormati demokrasi, kita akan mendengar lebih banyak lagi hujah hujah yang menarik mengenai isu ini.
Alang – Penulis yang bercita-cita nak menulis buku dongeng orang-orang politik