Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia harus bertanggungjawab ke atas fitnahnya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya mantan Perdana Menteri dua kali ini sakau berbilion ringgit serta kayakan keluarganya.
Dulu Anwar Ibrahim sebagai ahli politik pembangkang boleh buat pelbagai tuduhan fitnah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad nampak normal tetapi kini sebagai Perdana Menteri Malaysia beliau harus membuktikannya di kamar mahkamah khususnya apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengheretnya dengan saman menuntut gantirugi sejumlah RM150 juta.
Seluruh dunia sedang memerhati tuduhan fitnah Anwar Ibrahim ini dan sekiranya tidak membuktikannya sudah pasti kredibiliti Perdana Menteri Malaysia pada hari ini akan tercemar.
Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa seluruh dunia akan mentertawakan Anwar Ibrahim jika beliau gagal membuktikan tuduhan fitnahnya itu terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tun Dr Mahathir Mohamad sudah beberapa kali menyuarakan agar Anwar Ibrahim cepat membuktikan tuduhan-tuduhan fitnahnya itu atas dasar beliau berani kerana benar.
Hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh yang anti rasuah serta salahguna kuasa.
Prinsip ini amat tebal di sanubari Tun Dr Mahathir Mohamad sebab itu beliau berjaya mentadbir dan memajukan negara ini secara cemerlang pada suatu masa dahulu kerana tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri.
Kini, Anwar Ibrahim jangan hanya berani mencipta persepsi negatif terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi beliau juga mesti bertanggungjawab membuktikannya di kamar mahkamah selaku Perdana Menteri Malaysia.
Seseorang Perdana Menteri tidak boleh kelihatan cakap kosong serta buat tuduhan fitnah secara melulu tanpa berani membuktikannya.
Rakyat Malaysia dan dunia luar sedang menanti untuk melihat samada Anwar Ibrahim hanya berani bercakap kosong semata-mata ataupun berani mempamerkan bukti-bukti secara sahih mengikut lunas undang-undang.
-Tamat
Khairuddin Abu Hassan – Aktivis Politik
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com