TERKINI

Hayati Prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

Sesiapapun tidak mempunyai hak untuk menyekat atau meluluskan sesuatu tindakan tanpa mengikut lunas undang-undang sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Amat jelas kepada keseluruhan rakyat Malaysia bahawa kita mengamalkan sistem ‘Raja Berperlembagaan’ dan ‘Demokrasi Berparlimen.’

Apa saja tindakan yang diambil atau berlaku di kalangan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat selaras dengan perlembagaan persekutuan mesti dihormati oleh semua pihak.

Ini adalah soal undang-undang yang cukup jelas yang dibenarkan dari sudut perlembagaan.

Mana-mana pihak tidak boleh buat tafsiran secara peribadi kerana kita semua kena hormati undang-undang secara kental.

Semua rakyat Malaysia tanpa kira darjat tertakluk di bawah undang-undang sediada di negara kita.

Undang-undang mesti dijunjung oleh kita semua secara kental serta dihormati oleh semua pihak tanpa kira apa saja darjat mereka.

Seandainya kita boleh hormati undang-undang secara tulen sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan barulah negara kita boleh jadi aman damai.

Undang-undang adalah cabang rukun negara yang amat penting bagi menjaminkan keharmonian di tanahair kita yang tercinta ini.

Khairuddin Abu Hassan – Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp