TERKINI

Kecacamarbaan pengurusan memartabatkan Bahasa Melayu

Datuk Dr Ruhanie Ahmad – foto malayadaily.com

Sebagai orang yang terdidik di bidang keselamatan dan strategi, saya memilih untuk mengupas tajuk ini dari perspektif sektor keselamatan iaitu dari sektor keselamatan jati diri ataupun social security ataupun identitiy security yang juga akhirnya melibatkan keselamatan nasional di sesebuah negara.

Bahasa Melayu adalah satu daripada pillar atau tiang seri kepada pembentukan identiti nasional Malaysia, jadi bermakna jati diri nasional; bahasa Melayu, memang semestinya kita sentiasa lindungi.

Kita sentiasa pertahankan dan sentiasa kita perkasakan, tak ada alasan macam Datuk Seri Ismail Sabri semalam cakap PBT lebih berkuasa dalam menentukan nama-nama taman perumahan dia kata macam ‘The boulevard, views of boulevard’ ke, nama-nama yang asing.

Kita harus mempunyai satu will power untuk mencegah westernization of Malaysia atau Malaysian houseing area atau kawasan perumahan dan sebagainya. Jangan kita letak nama-nama asing, itu satu contoh.

Jika bahasa Melayu kita sama ratakan tarafnya dengan lain-lain bahasa maka akan terancamlah identiti nasional dalam konteks yang boleh membawa akibat kepada peringkat konflik etnik dan sebagainya.

Perkara ini pernah berlaku dibanyak negara yang multi etnik, satu konflik etnik yang fatal, yang membawa maut pernah berlaku di Sri Lanka, oleh kerana bahasa saja.

Jadi kalau bahasa Melayu disamaratakan dengan bahasa lain statusnya, status perlembagaan bahasa Melayu itu terancam, identiti nasional akan terancam, impaknya adalah satu implikasi kepada keselamatan nasional.

Jika bahasa Melayu sebagai alat komunikasi, as a medium of communication, dijadikan untuk memaparkan perisian karya atau content.

Dalam konteks ini saya sorot kepada umpamanya karya-karya perfileman ataupun karya-karya drama bersiri, dalam konteks environment Malaysia. Contoh pertama kenapa penguat kuasa bahasa Melayu di Malaysia mengizinkan drama Melayu dalam TV Malaysia menggunakan judul ILYS – shortform kepada “I love you stupid”.

Content dia seratus peratus Melayu, tajuk dia “I love You Stupid”, siapa yang stupid dalam hal ini?

Ataupun ada content yang terbaru “My Stolen First Kiss”, oh my god what the hell are you talking about?

“My Stolen First Kiss” drama bahasa Melayu pelakon Melayu tajuk “My Stolen First Kiss”, siapa punya salah?

Adakah penggunaan tajuk ini dipengaruhi oleh kehendak para pengiklan? Tidakkah ini satu pengkhianatan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?

Contoh ke-2, bagaimanakah penguat kuasa bahasa Melayu luluskan penyiaran siri-siri komedi dalam bahasa Melayu yang merendah-rendahkan tahap intelektual penontonnya? Adakah ini satu cara, satu iltizam untuk memertabatkan status bahasa Melayu sebagai tiang kepada identiti nasional?

Kita tidak boleh kuat kuasakan usaha memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan silo mentaliti, anda bergerak sendirian, PBT sendiri, RTM sendiri, penapis filem sendiri.

Anda perlu ada satu badan regulators yang coordinated, you must have inter agency body, kita mesti ada inter ministerial body, baru kita bergerak secara terselaras, bukan ikut suka hati sendiri.

Segala ketunggang-terbalikkan ataupun haru biruan mengenai penguatkuasaan bahasa Melayu yang saya fokus menerusi penyampaian content-content yang mediocre; sebenarnya melambangkan kekurangan semangat patriotisme, melambangkan kerendahan taraf nasionalisme di kalang pemegang taruh yang menguatkuasakan segala undang-undang, segala tuntutan, segala undang-undang kecil dan peraturan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Sekiranya perkara ini tidak diatasi atau ditangani, mark my word, Malaysia akan berhadapan dengan saat itu; identiti krisis, krisis identiti yang bermula dengan kesambil-lewaan kecaca-marbaan dalam pengurusan undang-undang memartabatkan bahasa Melayu.

-Tamat

Oleh : Datuk Dr Ruhanie Ahmad dalam satu forum ketika mengulas tajuk : Keberkesanan Institusi Kerajaan Dalam Memertabatkan Bahasa Melayu

Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Parit Sulong Johor (1990-2004), berkelulusan PhD dalam kajian strategik dan keselamatan. Beliau adalah seorang wartawan di New Straits Time Press (1973-1982) sebelum berkhidmat dengan Tun Musa Hitam sebagai Setiausaha Politiknya di Kementerian Dalam Negeri (1982-1987).

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp