TERKINI

Kedudukan Ekonomi Malaysia Jadi Persoalan

Fiqa Mohammad – malayadaily.com

Pada Mac 2023, pelabur menarik diri daripada melabur, dilaporkan sejumlah RM1.78 bilion keluar daripada pasaran saham, seperti laporan Business Today.

Pelabur penting seperti Panasonic menghentikan operasinya di Melaka tahun ini. Malah kilang Panasonic di Shah Alam juga akan menamatkan operasinya.

Bermula dengan baik, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.6% suku pertama 2023 (Q1 2023), berkadar dengan negara jiran yang melalui perkembangan ekonomi seperti Indonesia (5%), China (4.5%), dan Vietnam (3.3%).

Ia sekaligus menyediakan asas bagi jangkaan perkembangan tahunan pada kadar 4.0% hingga 5.0% keseluruhan 2023.

Namun begitu unjuran positif mula menurun pada suku kedua. Bagi Q2 2023, KDNK mengalami penurunan kepada 2.9%. Ia menggambarkan cabaran dihadapi ekonomi sepanjang tempoh itu yang memerlukan keperluan pemantauan dan adaptasi berdepan ketidak tentuan ekonomi.

Anwar seperti kurang kuasa teknikal dan rancangan inovasi bagi memperbaiki ekonomi negara. Kabinet beliau juga dilihat kekal tenang. Benar mereka ada perancangan, dibangunkan selepas 8 bukan.

Rancangan kekal rancangan. Persoalan yang melingkari pentadbiran Anwar adalah sama ada beliau mempunyai strategi mampan menangani isu dan memulihkan ekonomi negara.

Mengambil kira landskap ekonomi semasa Malaysia, muncul jurang antara kepimpinan Anwar dan cabaran ekonomi semasa. Negara berdepan tekanan ekonomi menggunung, seperti ditunjukkan dengan kadar tukaran wang asing menghampiri RM5 bagi 1 USD.

Ini menunjukkan tanda-tanda kelemahan Ringgit, mencetuskan kebimbangan terhadap kesannya kepada pelaburan dan inflasi.

Pelabur yang menutup operasi dan pelaburan mereka dalam industri utama juga menimbulkan amaran kepada keseluruhan iklim perniagaan. Persoalannya, adakah pentadbiran Anwar mempunyai strategi konkrit menangani isu ini.

Berbeza ketika 1998, kepimpinan Anwar dikritik kerana tidak memberikan penyelesaian proaktif mewujudkan pertumbuhan. Manakala pentadbiran Dr Mahathir Mohamad melakukan tindakan drastik yang menghasilkan kesan positif.

Pendekatan Anwar dilihat kurang berkesan, menimbulkan kegusaran berkenaan keupayaannya membawa Malaysia menghadapi cabaran mendatang pada waktu sukar ini.

Kesimpulannya, kedudukan ekonomi semasa Malaysia menimbulkan persoalan sejauh mana Anwar mampu mentadbir. Berbeza dengan masa lalu, tindakan bersasar yang kukuh dengan pendekatan strategik memastikan ekonomi lebih baik untuk Malaysia.

Pemberian wang tunai atau token kepada rakyat bukanlah kaedah meningkatkan ekonomi. Negara ketika ini tidak melihat sebarang tindakan yang boleh dibanggakan daripada kumpulan yang benar-benar mahukan kuasa, kedudukan dan jawatan sejak beberapa penggal lalu.

SALAM MERDEKA,
Tun Fiqa Mohammad – Presiden MyVoice

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp