Bencana kemanusian yang sedang berlaku di Palestin hari ini menzahirkan manifestasi “tembelang” sikap kerajaan Madani yang sebenar.
Banyak perkara yang berkaitan dengan fahaman, kecenderungan dan tindakan yang selama ini samar dan terlindung menjadi kenyataan.
Permainan bibir manis, lidah bercabang dan buka mulut bohong tidak lagi boleh berselindung. Segala naratif, falasi dan manipulasi terburai bukti realiti.
Tembelang sebenar terpancar disetiap gadget rakyat menjadi juadah akal membaca dan menilai. Penglibatan dalam pertubuhan Liberal Antarabangsa secara terangan menyokong Israel. Walaupun penafian dibuat tetapi kenyataan dokumen hitam putih terbukti.
Isu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan Minggu Solidariti Palestin yang menghalang laungan Takbir “ALLAHUAKBAR” dan membaca Qunut Nazilah adalah antara ucapan doa untuk memohon pertolongan Allah untuk saudara Islam Palestin yang sedang berdepan dengan genosid oleh Israel.
Betapa zalimnya Menteri Pendidikan terhadap Islam menafikan Allah Maha Besar seolah kedudukannya lebih besar daripada Allah swt.
Sedarlah diri sebagai makhluk ciptaan Allah, ada sedikit “kuasa pinjaman” menghalang orang Islam menyeru Kebesaran Allah dan Qunut Nazilah di atas bumi Allah sendiri. Bukankah itu zalim namanya?
Apa maknanya Islam sebagai Agama Persekutuan, apabila kepentingan amalan agama dihalang kerana tunduk kepada minoriti bukan Islam?
Kewujudan Islam di Tanah Melayu sudah lama sebelum British membawa masuk pendatang asing ke Tanah Melayu. Oleh kerana kepentingan politik sanggup menggadai maruah bangsa dan agama.
Lagi pun Minggu Solidariti Palestin bukan memaksa nukan Islam untuk terlibat, ia hanya untuk umat Islam sahaja.
Tak tahulah Jika KPM memberi arahan sekolah Cina atau Tamil pun turut terlibat. Tindakan Menteri Pendidikan adalah bertentangan dengan syarak, undang-undang dan moral umat Islam.
Jika pun Menteri Pendidikan berfahaman liberal dan sekular janganlah mengguna kuasa melarang umat Islam yang lain. Tindakan itu juga melanggar hak kebebasan bersuara dan beragama di negara ini.
Laungan ‘Allahuakbar’ dan membaca Qunut Nazilah bukan bentuk provokasi. Hanya patuh syariat yang diajar dalam Islam apabila umat Islam dalam musibah.
Umat Islam yang beriman berdepan dengan musibah hanya kepada Allah swt memohon pertolongan. Tiada unsur kebencian atau mengancam orang bukan Islam. Sebenarnya tiada isu pun tetapi kerana tunduk kepada kuasa minoriti yang menguasai parlimen.
Seharusnya kaum minoriti faham dan menghormati amalan umat Islam yang majoriti di negara ini. Keberadaan Bangsa Melayu dan Islam di Tanah Melayu sudah lama sebelum kehadiran beramai-ramai pendatang asing di bawa masuk oleh British. Jangan abaikan sejarah.
Kecelaruan yang timbul pelbagai isu kerana “mesra politik” berfahaman liberal, sekular serta bersifat apologetik walaupun bertentangan dengan syarak dan moral. Seolah kerajaan Madani adalah proksi penjajahan bentuk baru, golongan minoriti menguasai majoriti.
Kerajaan yang ada sekarang ini, dulu sebelum mendapat kuasa begitu lantang mengkritik dan agresif untuk menjatuhkan kerajaan terdahulu.
Setelah berjaya menjadi kerajaan setakat ini gagal membuktikan bahawa kerajaan Madani lebih baik berbanding dengan kerajaan sebelumnya. Malahan lebih teruk, janji dibohongi dan sumpah dikhianati.
Di mana kesungguhan Kerajaan Madani yang boleh meyakini rakyat bahawa kerajaan ini lebih baik daripada sebelumnya.
Islam Agama Persekutuan dan Agung dan Raja-raja Melayu adalah Ketua Agama Islam, Malaysia majoriti adalah negara orang Melayu Islam dan bumi asal usul bumi Melayu Islam, tapi dihalang murid-murid Islam bertakbir Allahuakbar dan membaca doa qunut nazillah.
Pelik bin Ajaib. Memalukan. Di Sekolah kebangsaan tidak boleh menyebut nama Allah. Tak boleh baca doa qunut nazilah. Malaysia ini Wilayah Amerika ke?
Tolong jawab Menteri Pendidikan..
Hj Nasir Othman – Pengurusi Biro Pendidikan PUTRA
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com