
Saya ingin sarankan kepada Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub agar terimalah hakikat serta berpijaklah di bumi yang nyata mengenai perbandingan yang diungkapkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai UMNO dan DAP.
Memang tepat sekali kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan bahawa UMNO dapat diibaratkan seperti lalat dan DAP boleh disifatkan seperti singa.
Pada hari ini UMNO hanya mampu ‘menikus’ dan menjadi ‘pak turut’ saja dalam kerajaan Madani.
Hampir setiap hari DAP memprovokasi orang-orang Melayu serta mempersendakan Islam di tanahair kita tetapi apa yang UMNO mampu buat?
Asas penubuhan UMNO adalah untuk memperkasakan kedudukan Melayu dan Islam di tanahair kita.
Inilah wadah perjuangan UMNO pada suatu masa dahulu di samping memelihara hak kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
DAP bermaharajalela cuba untuk mencampuri hal ehwal agama Islam tetapi keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO hanya mampu membisu.
Dulu dalam persidangan Agung UMNO satu resolusi telah dipersetujui bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan menolak parti DAP tetapi pada hari ini UMNO boleh ‘tidur sebantal dengan Anwar Ibrahim serta DAP.’
Kini, UMNO hanya mampu ‘menghurung’ kerajaan Madani semata-mata untuk berpaut pada kuasa seterusnya menyelamatkan tengkuk pemimpin-pemimpin korupnya saja.
UMNO tidak dihormati dalam kerajaan Madani serta tidak digeruni lagi oleh DAP sepertimana dahulu kerana pemimpin-pemimpin DAP sedar UMNO terpaksa mengikut ‘telunjuk’ mereka untuk selamatkan diri masing-masing dari tindakan undang-undang.
Saya juga ingin tanya Datuk Mustapha Yaakub sebelum PRU15 ketika tempoh berkempen siapa yang mengangkat ‘sumpah laknat’ kononnya tidak pernah merancang untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP? Tetapi apa jadi sekarang?
Siapa yang menghina UMNO dulu sebelum PRU15 dengan menggubahkan lagu ‘penyamun hoi ya hoi?’
Anwar Ibrahim, DAP serta Pakatan Harapan yang menghina UMNO pada waktu itu tetapi kenapa Datuk Mustapha Yaakub tidak pernah mempersoalkan isu tersebut.
Setiausaha veteran UMNO tolong jangan mempersoalkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai UMNO yang disifatkan seperti lalat dan DAP semacam singa kerana itu adalah hakikat yang hakiki.
Itulah maruah UMNO pada hari ini dan itulah kedudukan UMNO dalam kerajaan Madani.
Datuk Mustapha Yaakub harus muhasabah diri, pijak di bumi nyata dan cerminkan diri sendiri sebelum hendak memberi respon terhadap kenyataan ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu kecewa kerana UMNO sudah tersimpang jauh dari matlamat asal penubuhannya pada tahun 1946.
Tun Dr Mahathir Mohamad berada dalam pesada politik negara seawal tahun 1946 dan melihat semua lapisan pentadbiran negara.
Tokoh negarawan ini juga menjawat Presiden UMNO selama 22 tahun memimpin negara serta parti UMNO secara cemerlang tetapi di mana kedudukan Datuk Mustapha Yaakub jika hendak dibandingkan dengan ‘track record’ Tun Dr Mahathir Mohamad?
Jadi lebih baik Datuk Mustapha Yaakub ‘duduk diam-diam’ cukuplah!!
Oleh : Khairuddin Abu Hassan – ADT Muafakat Nasional
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com