TERKINI

Lokman Adam tak tahu apa-apa tentang 1MDB

Khairuddin Abu Hassan – malayadaily.com

Hanya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO yang bodoh saja akan memilih serta mengundi orang bodoh macam Lokman Adam dalam pemilihan parti.

Parti UMNO sedang lingkup kerana terdapat pemimpin-pemimpin haprak seperti Zahid Hamidi, Lokman Adam serta beberapa lagi.

Adanya pemimpin-pemimpin seperti Zahid Hamidi dan Lokman Adam hari demi hari parti UMNO akan ditolak oleh keseluruhan orang-orang Melayu dan juga pengundi-pengundi bukan Melayu.

Keujudan pemimpin-pemimpin bodoh seperti Lokman Adam membuatkan keseluruhan orang-orang Melayu merasa mual serta jelek dengan UMNO.

Setiap kali Lokman Adam buka mulutnya ianya akan mempamerkan kebodohan dirinya semata-mata.

Dalam kes 1MDB Lokman Adam tak tahu apa-apa pun.

Saya pada waktu itu merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan di Pulau Pinang.

Pada waktu itu saya berjumpa dengan Dato Sri Najib Tun Razak beberapa kali menyatakan kepada beliau bahawa Jho Low sedang menipunya serta sedang mencuri duit kerajaan.

Namun, Dato Sri Najib Tun Razak enggan mempercayainya dan beliau katakan kepada saya kononnya Jho Low lah yang membantu membawa masuk dana dari luar ke negara ini.

Dato Sri Najib Tun Razak enggan mempercayai dan mendengar nasihat ikhlas saya pada waktu itu.

Pada ketika itu Dato Sri Najib Tun Razak merupakan Presiden UMNO dan saya terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan segala kemelut 1MDB melalui saluran dalaman terlebih dahulu.

Bila gagal mencari jalan penyelesaian melalui dalaman parti demi untuk menyelamatkan dana kerajaan serta duit kerajaan saya terpaksa terbang menjelajah di enam buah negara untuk menyekat duit 1MDB dari lesap secara berskala lebih besar.

Untuk makluman budak bodoh Lokman Adam sekiranya saya tidak menjelajah di enam negara tersebut untuk buat laporan pada pihak penguatkuasaan undang-undang di sana kemungkinan duit kerajaan akan dirompak sehingga melebihi RM100 bilion.

Kini, kita lihat duit 1MDB lesap lebih dari RM40 bilion dan keseluruhan rakyat kena tanggung hutangnya masih berbaki lebih dari RM30 bilion.

Apakah budak bodoh Lokman Adam tidak mengetahui fakta ini secara jelas?

Sekiranya budak bodoh Lokman Adam tidak faham mengenai fakta ini saya tidak hairan kerana beliau mempunyai ‘otak selut’ di kepala lututnya!

Pada realitinya juga, parasit seperti Lokman Adam yang suka ‘menegak benang basah’ dan cakap menipu setiap hari merupakan ejen untuk merosakkan masa depan negara kita.

Mereka suka membela kemungkaran dan bukan berjuang untuk bangsa serta negara.

Dalam isu ini juga saya ingin nasihatkan Dato Isham Jalil agar jangan melayan atau response pada orang bodoh seperti Lokman Adam kerana ianya adalah perbuatan buang masa saja!

‘Otak selut’ Lokman Adam jika dibandingkan dengan otak Dato Isham Jalil dapatlah diibaratkan seperti ‘Langit dengan Bumi’ Dato Isham Jalil amat berprinsip dalam wadah perjuangan tulen serta bercakap secara hakikat dan hakiki.

-tamat-

Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp