Usaha penyatuan bangsa melalui Proklamasi Orang Melayu sengaja dimomokkan sebagai sesuatu yang rasis, memainkan sentimen perkauman Melayu dan cuba hendak menimbulkan huru-hara di dalam Negara.
Kita semua tahu tiada yang lebih penting dan utama selain dari perpaduan antara kaum dan keamanan serta ketenteraman awam, di dalam sebuah negara yang berpenduduk majmuk seperti Malaysia ini.
Yang kita ingat, satu ketika dahulu perhimpunan reformasi yang membawa kepada keganasan dan mengganggu ketenteraman awam, selain dari itu tidak pernah ada perhimpunan yang mencetus huru-hara.
Catatan yang diperlolehi oleh pengkaji-pengkaji sejarah tanah air yang diperolehi dari serata dunia, terutamanya dari negara China, Portugis dan Belanda. Telah menggambarkan kerajaan Melayu Melaka pada lima ratus tahun lebih dahulu ialah sebuah tempat yang aman damai dan sibuk dengan berbagai akitiviti perniagaan.
Sebagai sebuah pelabuhan penting yang menghubungkan dunia Timur dan Barat, Kota Melaka ketika itu telah didiami oleh penduduk yang berbilang kaum. Mereka datang dari berbagai negara seperti China, India, Arab dan Eropah. Semuanya hidup aman makmur dalam perpaduan, tiada yang ditindas dibawah pemerintahan Sultan.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada 1957, lebih satu juta pekerja imigran di beri kerakyatan. Inilah yang mulanya membentuk ciri masyarakat majmuk dinegara ini.
Semua mereka ini semenjak kemerdekaan hidup dalam keadaan aman dan menghayati perpaduan antara kaum, kerana semua setuju bahawa hanya dengan perpaduan kaum dan keamanan baru boleh sama-sama memajukan negara dan diri sendiri.
Sepanjang dari 1957 hinggalah ke hari ini, tiada satu kaum atau bangsa pun yang dinafikan hak mereka atau ditindas mahupun disisihkan. Semua rakyat negara ini bebas untuk mendapatkan hak masing-masing seperti mana termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan, mereka bebas untuk hidup aman, mendapat pendidikan dan bekerja serta berniaga.
Berapa ramai rakyat bukan Melayu negara ini menjadi kaya-raya dan tiada sesiapa pun menghalang mereka untuk membuat kekayaan yang kadangkala tak dapat hendak dibayangkan jumlahnya yang mencecah berbillion Ringgit.
Semua orang juga bebas mengamalkan agama masing-masing, terdapat beberapa ribu buah rumah ibadat, Tokong, Gurdwara, Gereja dan kuil dibina di seluruh Negara. Mereka juga bebas menggunakan bahasa ibunda mereka sehingga terdapat sekolah dengan bahasa pengantar Cina dan Tamil, yang mana ini tidak terdapat di mana-mana negara selain negara China dan India sendiri.
Sepanjang waktu itu jugalah, pentadbiran negara ialah dari kerajaan yang dominan Melayu. Negara terus maju dan rakyat hidup aman dan tenteram.
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan;
Fasal 1.
(a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) Semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) Semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan;
Atas semangat Perkara 10 inilah. Kita dapat melihat berbagai persatuan ditubuhkan, contohnya; United Sikh Malaysia, Persatuan Telugu Malaysia, Persatuan keturunan Tham Malaysia, kalau yang lebih besar lagi, seperti Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan melayu, MIC, MCA dan UMNO.
Bukankah persatuan-persatuan yang ditubuhkan ini bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan kaum mereka. Maka mereka ini semunya hendak mencetuskan sentimen kaum masing-masing dan cuba hendak menimbulkan huru-hara, adakah begitu interpretasinya?
Apabila orang Melayu hendak berkumpul dan membincangkan tentang kebajikan bangsa Melayu, mempertahankan kedudukan Istimewa Orang Melayu serta kesucian Agama Islam. Tiba-tiba dilabel sebagai hendak membangkitkan sentimen perkauman Melayu dan menghuru-harakan negara, sedangkan kalau bangsa bukan Melayu berkumpul ianya dilabel sebagai kebebasan bercakap dan bersuara.
Inilah dia konsep Madani yang di promosi kerajaan, satu konsep pilih kasih, tidak adil dan mendiskriminasi hanya kepada bangsa Melayu sahaja.
Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com