TERKINI

Melayu dipandang tak setaraf dengan bangsa yang kaya

Azman Hashim, penulis – malayadaily.com

Ramai Rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan India yang amat fasih berbahasa Melayu, lebih-lebih lagi jika kita pergi ke Utara atau Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Apabila mereka berkomunikasi, kita tidak dapat membezakan asal usul mereka. Apa yang kita nampak hanyalah Rakyat Tempatan Orang Malaysia, langsung tidak terasa perbezaan kaum.

Golongan rakyat Malaysia ini mengamalkan cara hidup dan bahasa Melayu di rumah namun kekal dengan pegangan agama masing-masing, tiada masalah.

Apabila kita bertemu dengan sekumpulan Bangsa Cina yang hanya berkomunikasi dalam Bahasa Cina, kita tidak dapat mempastikan samada mereka ini rakyat tempatan ataupun sebahagian dari 1.2 juta rakyat negara China yang tidak pulang selepas memasuki negara sebagai pelancong tempoh hari.

Jika kita pergi ke kampung-kampung atau pekan-pekan Cina di Perak, kita boleh bertemu dengan rakyat Malaysia berbangsa Cina yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Kebangsaan. Mereka ini bukan sahaja golongan tua, malah ramai juga yang muda.

Begitu juga dengan kaum India, apabila mereka berkumpul kita tidak dapat memastikan yang mana rakyat Malaysia yang mana pekerja restoran yang di bawa masuk beramai-ramai.

Di pejabat kita mempunyai lima atau enam rakan pekerja kaum India, maka keluarlah berita kejayaan negara India melancarkan roket ke angkasa lepas ataupun kejayaan negara India menghasilkan jet pejuangnya sendiri.

Lima enam rakan ini akan dengan muka berseri-seri dan sinaran mata yang penuh kebanggaan berkongsi cerita kebanggaan mereka melihat kejayaan yang di capai oleh negara India ini, dan membandingkan kenapa Malaysia tidak mampu sampai ke tahap tersebut.

Begitulah dengan rakan-rakan Cina. Apabila berkumpul sesama mereka, mereka akan bercerita tentang kejayaan negara Cina yang kini adalah salah satu kuasa besar ekonomi dunia dan kejayaan kejuruteraan pembinaan yang dicapai oleh negara China, apabila bercerita tentang Malaysia hanyalah rungutan dan ketidakpuasan hati mereka terhadap negara.

Ini semua adalah hakikat dan kenyataan kehidupan seharian kita di Malaysia.

Apabila Tun Dr Mahathir menyebut kaum India tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia, kerana keterikatan yang masih kuat kepada negara asal mereka. Ramai yang menyerang beliau. Perhatikan Tun Dr Mahathir menggunakan perkataan “tidak sepenuhnya” bukan tidak setia langsung.

Serangan-serangan ini adalah dari mereka yang mempunyai penyakit penafian dan sengaja tidak mahu menerima keyataan.

Saya ingin meminjam tulisan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah tajuk, “Prinsip Dr Mahathir Bercakap Benar dan Tak Suka Berbohong” yang disiarkan oleh Bebasnews.my bertarikh 6 Januari 2024.

Apa yang Tun Dr Mahathir sebut itu adalah umpama ubat yang amat pahit untuk ditelan. Oleh itu sebagai seorang Doktor perubatan yang layak, walaupun pahit demi kebaikan beliau beri juga.

Segilintir rakyat Malaysia ini menganggap bangsa Melayu tidak setaraf dengan bangsa mereka yang telah mempunyai tamadun melebihi 5000 tahun lamanya, ditambah dengan penguasaan ekonomi dan kekayaan yang jauh meninggalkan bangsa Melayu, mereka tidak sanggup hendak menjadi rakyat kepada negara Melayu.

Apa yang mereka mahu ialah men-cinakan atau meng-indiakan negara ini seperti di Singapura, atau setidak-tidaknya menghilangkan identiti negara Melayu dan Islam dan menjadikan negara ini negara berbilang kaum.

Sudah tentulah kaum yang kaya raya akan dapat mendominasi negara dengan mudah sekiranya ini berlaku.

Azman Mohd Hashim – SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp