TERKINI

MP Bangi perlu sedar perjuangan siapa yang dia perjuangkan

Malaysian Malaysia – foto Mynation News Malaysia

Ahli Parlimen Bangi, Shahredzan Johan seorang yang menjunjung tinggi perlembagaan Parti DAP yang mahu menafikan kedudukan istimewa orang Melayu, yang mahu memulihkan Perlembagaan Persekutuan supaya lebih liberal, yang menuduh undang-undang negara sebagai menindas dan mendiskriminasi adalah juga seorang ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP.

Ahli Parlimen Bangi ini mungkin tidak pernah membaca ataupun tidak memahami isi kandungan matlamat-matlamat Perlembagaan DAP.

Perkara yang ditolak oleh orang Melayu Islam ialah perlembagaan DAP yang MP Bangi sanjungi dan pertahankan ini.

Jesteru sebelum cuba menegur seorang negarawan pejuang bangsa Melayu, sila cermin diri sendiri dahulu dan lihat dimana anda duduk dan sedarlah diri perjuangan siapa yang sebenarnya anda perjuangkan.

Keputusan PRN Kemaman sudah jelas dan terang seterang-terangnya seperti sinar matahari pukul satu tengahari di Kemaman. Jumlah undi yang diperpolehi oleh BN dan PH digabungkan pada PRU 2022 ialah sebanyak 46,875, keputusan PRN baru-baru ini wakil Kerajaan Madani mendapat 27,728 undi. Iaitu kehilangan lebih 40% undi.

Penolakan orang Melayu kepada UMNO adalah sesuatu yang nyata dan jelas seperti apa yang Tun Dr Mahathir katakan.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp