Saya ingin mengingatkan kepimpinan BERSIH agar jangan kurang ajar mempamerkan poster gambar Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kata-kata ‘YOU CAN BE A PRIME MINISTER FOREVER IN MALAYSIA.’
Apa motif BERSIH untuk mempamerkan poster yang tidak relevan sama sekali pada hakikatnya.
BERSIH lupa sejarah begitu pantas. Mereka lupa bahawa pada zaman kerajaan kleptokrasi kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Himpunan BERSIH sebelum PRU14 memberi impak yang cukup kuat sehingga keseluruhan kerajaan kleptokrasi tumbang pada pilihanraya umum tahun 2018.
Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengepalai Himpunan BERSIH serta mengetuai kepimpinan PH untuk menang PRU14 pada tahun 2018.
Saya ingin sarankan agar BERSIH buat poster memaparkan muka Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri ke 10 yang sedang menjahamkan ekonomi negara kita masakini.
Mengapa BERSIH takut untuk buat poster kegagalan kepimpinan serta penipuan Anwar Ibrahim pada hari ini yang membuatkan penghidupan keseluruhan rakyat semakin tertekan?
Tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang gila kuasa; Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletakkan jawatan secara sukarela apabila kerajaan PH hilang sokongan majoriti selepas ‘Langkah Sheraton.’
Apakah kepimpinan BERSIH begitu ‘dungu’ atau ‘bodoh’ tidak sedar bahawa tiada siapapun yang memaksa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk letak jawatan pada waktu itu?
Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad gila kuasa beliau boleh mencari pendekatan politik baru untuk menjaminkan kekal sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga.
Malahan, bila Tun Dr Mahathir Mohamad ditawarkan jawatan sebagai Perdana Menteri kali ketiga dengan bergabung bersama UMNO tetapi ditolak keras oleh mantan Perdana Menteri dua kali ini.
Prinsip perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad amat kental tidak seperti prinsip ‘lembek’ BERSIH kini yang tidak berani bertegas dengan PMX.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan BERSIH agar jangan terlalu kurang ajar serta cepat lupa jasa Tun Dr Mahathir Mohamad pada gerakan mereka sebelum tahun 2018.
Bertahun-tahun lamanya BERSIH turun ke jalanan tetapi mereka gagal untuk tumbangkan kerajaan.
Gerakan BERSIH tolong jangan terlalu cepat lupa sejarah dan sesiapa pun tidak boleh memadamkan fakta sejarah bahawa kelibat serta kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamadlah yang menjaminkan kejayaan Himpunan Bersih sehingga kerajaan kleptokrasi BN buat kali pertama tumbang dalam pilihanraya umum tahun 2018.
Kini semua rakyat Malaysia telah sedar bahawa BERSIH hanyalah ‘barua’ dan ‘pecacai’ pada kerajaan Madani semata-mata.
Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com