TERKINI

Nilai Ringgit, Amerika Dan Bank Pusat

Muhammad Zahid Abdul Aziz – malayadaily.com

Kebuntuan siling hutang Amerika adalah wayang atau lakonan hampir tahunan yang dilaku oleh Amerika Syarikat. Dunia pun disaran gelisah sabelum suatu kelulusan hampir pasti, hampir tahunan juga tercipta.

Bak kata perpatah suatu silat bunga sahaja semata-mata.

Adalah suatu ketidakcerdikan tahap dewa kalau siling hutang tidak dilulus oleh Parti Demokrat atau Parti Republikan yang mana satu dalam oposisi.

Kerana Amerika dibenar cipta wang dunia. Aneh kalau kelebihan ini dihancur sendiri oleh Amerika.

Yang aneh juga ialah keterujaan ahli subjek ekonomi dunia membahas topik ini dengan kesiriusan wayang Tamil atau wayang kulit.

Kalau kita kaji dengan teliti kita akan dapati selalunya negara yang kuat duitnya ialah negara yang selalunya kuat ribanya.

Jadi usahlah kita terlalu mencari kekuatan duit kita di antarabangsa. Kalau kita terima sistem riba ini diperingkat antarabangsa kita akan dapati negara yang kuat wangnya ialah negara yang kuat ribanya.

Apabila Amerika naikkan bunga Federal Reserve-nya bertalu-talu wang masuk Amerika untuk dapat pulangan riba yang tinggi.

Walaupun ada sebab lain wang naik seperti negara banyak expot, banyak FDI, banyak pelancungan, banyak spekulasi oleh peniaga matawang, yang paling kuat ialah kuat ribanya.

Asas riba bertahun-tahun melegasikan wang kuat di dunia dalam ribut riba.

Tetapi ada satu cara lagi untuk kuatkan matawang negara.

Iaitu dengan Bank Pusat atau kerajaan mengarah bank-bank pencipta duit negara melalui pinjaman atau pembiayaan, menghala lebih banyak wang kepada sektor ekonomi sebenar.

Kini 70% wang bank menghala kepada sektor peribadi dan hanya 30% kepada sektor ekonomi sebenar.

Dari 30% itu hanya 16% dihala kepada sektor IKS yang mencipta 70% pekerjaan dan menyumbang 40%-60% kpd KDNK.

Kita tahu mungkin kerajaan tidak faham dan serah bulat-bulat kepada Bank Pusat.

Cuba tanya Bank Pusat mengapa mereka enggan melaksanakannya. Ini ada kaitan dengan pengaruh Bank of International Settlements di Basel ke atas mereka.

Berkali-kali Gerakan Keadilan Monetari (Movement for Monetary Justice) telah soal motif Bank of International Settlements.

Tempat ia dilahirkan, Basel ialah tempat yang sama dilahirkan World Zionists Organisation, dan Lembaga Pengarah asal Bank of International Settlements terdiri dari dua bekas Governor Bank of Israel dan tiga Governor Federal Reserve yang berbangsa Yahudi.

Adakah ini suatu kebetulan semata mata?

Muhammad Zahid Abdul Aziz – Timbalan Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp