TERKINI

Parti AMANAH ‘Khadam’ DAP

Khairuddin Abu Hassan (gambar kecil) – malayadaily.com

Saya ingin nasihatkan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak, Ahmad Munzirie Ahmad Kabir untuk hanya tumpu jadi ‘barua’ serta ‘kadam’ pada DAP dan jangan campuri urusan politik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Parti AMANAH peduli apa sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad hendak komen ataupun tidak mengenai kesungguhan PAS untuk menyokong perhimpunan solidariti ke atas Dato Seri Najib Tun Razak semalam.

Apa kena mengena dengan parti AMANAH?

Sekiranya kami atau Tun Dr Mahathir Mohamad hendak sokong sesiapapun pemimpin parti AMANAH peduli apa?

Tolong jangan jaga ‘tepi kain orang.’

Kamu semua lebih baik tumpu untuk terus menjadi ‘balaci’ atau ‘kadam’ pada DAP cukuplah.

Sekiranya pihak kami hendak sokong mana-mana orang Melayu ataupun tidak; ini adalah hak mutlak kami yang tiada kaitan langsung dengan AMANAH.

Sesungguhnya, kami tidak rela untuk menjadi ‘kadam’ seterusnya ‘kow-tow’ pada pemimpin-pemimpin DAP semacam AMANAH.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menganggotai mana-mana parti-parti politik lagi tetapi hanya mahu tumpun untuk satu padukan keseluruhan orang-orang Melayu atas nama penyatuan Melayu.

Sebenarnya, kalau pemimpin-pemimpin AMANAH sudah penat menjadi ‘kadam’ pada DAP mereka boleh menghubungi saya untuk berjuang bersama kami ke arah menyatu-padukan semula keseluruhan orang-orang Melayu.

Apabila mereka sudah sedar serta insaf tidak mahu diperkudakan lagi oleh DAP; saya secara jujur ingin sarankan pemimpin-pemimpin AMANAH untuk datang ke pangkuan kami.

Jangan takut kerana pada waktu itu atas nama Melayu kami sanggup menerima pemimpin-pemimpin AMANAH seadanya tanpa sebarang perasaan curiga lagi terhadap mereka.

  • Khairuddin Abu Hassan, ADT Muafakat Nasional
Facebook
Twitter
WhatsApp