Sebagai Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak perlu berperangai seperti budak-budak dan seolah-olah macam ‘kaduk tak pernah naik junjung.’
Asyik hendak umum semua orang hendak jumpa dia dan akhirnya apa jadi dengan Elon Musk serta syarikat TESLA?
Sungguh memalukan malahan Elon Musk selaku CEO TESLA sendiri menyatakan agar jangan mewar-warkan dan sensasikan berita sebelum keputusan muktamad dibuat.
Jangan anggap kini kita hebat kerana Malaysia sudah dipandang seperti sampah oleh pemimpin-pemimpin dunia pada hari ini.
Reputasi dan imej negara jatuh merudum di rantau Asia Tenggara dibandingkan dengan Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam serta negara-negara jiran kita yang lain.
Penghormatan tinggi pada negara kita berada di kemuncak hanya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.
Ini adalah hakikat dan realitinya hingga dunia menggelar kita pada suatu masa dahulu sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ dan negara Islam contoh.
Kadang-kala saya merasa malu melihat gelagat kebudak-budakan Anwar Ibrahim namun ianya tidak menghairankan kerana inilah perangainya dari dulu lagi suka ‘masuk bakul angkat sendiri.’
Sehingga kini Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput menghadiri pelbagai forum-forum bertaraf antarabangsa tetapi beliau tidakpun bersikap ‘telur sebiji riuh sekampung.’
Anwar Ibrahim harus berperangai seperti negarawan bukan macam badut sarkas.