TERKINI

Pentingnya Memperketat Larangan Buku Tidak Bermoral

Gambar hiasan – foto Pngtree

Merujuk dari kenyataan akhbar berkaitan ‘Mahkamah Rayuan tangguh keputusan berkait larangan buku ‘Gay is OK!’.’

Wira Perkasa Malaysia menegaskan, disini bukan tempat untuk mempromosikan sebarang aktiviti songsang melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Apatah lagi cubaan untuk menormalisasi kegiatan tidak bermoral ini.

Wira Perkasa memandang serius jika ada pihak yang cuba mempromosikan LGBT ini secara terang-terangan atau secara halus tidak kira dalam kaedah buku bacaan dan sebaliknya.

Penerbit dan penulis buku tersebut sepatutnya lebih sensitif dan harus menghormati agama Islam adalah agama rasmi kepada negara Malaysia yang tidak akan sesekali menerima perbuatan songsang ini dan ianya amatlah bercanggah dengan ajaran agama.

Malah bagi penganut agama lain juga pasti tidak akan menerima budaya songsang ini terus dipromosikan di dalam negara. Bukan sahaja soal akidah dan moral, malah soal kesihatan yang melibatkan jangkitan HIV akibat homoseksual terus meningkat juga harus dipandang serius.

Wira Perkasa menggesa agar kerajaan hari ini tidak memberi ruang dan kekal terus dengan larangan keras diatas buku yang tidak bermanfaat ini.

Pada masa yang sama, harap kerajaan segera campur tangan dalam kes rayuan ini bagi mencegah supaya tiada pihak yang boleh mempengaruhi sesiapa pun. Tindakan tegas perlulah diambil untuk menyelesaikan supaya keputusan larangan itu dikekalkan.

Wira Perkasa juga berharap, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus menerus memantau jika ada sebarang cubaan mempromosikan LGBT didalam media massa harus disekat segera dan dikawal, tidak kira apa jua platfom media sosial.

Larangan ini amat penting supaya tidak membawa pengaruh buruk dan merosakkan pemikiran dikalangan masyarakat Malaysia yang cara hidupnya penuh dengan budaya kesopanan.

Muhamad Syafiq

Ketua Wira Perkasa Malaysia – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

KENYATAAN ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp