TERKINI

Penyatuan Melayu Untuk Perpaduan Nasional

Suasana politik tanah air yang berlaku hari ini berada dalam keadaan yang amat membimbangkan. orang Melayu bukan sahaja menyaksikan perpecahan di kalangan parti politik tetapi orang melayu masih lagi terperangkap dengan sentimen konflik permusuhan yang berpanjangan sehingga menggugat kuasa politik dan masa depan generasi sendiri.

Kita tidak boleh menafikan bahawa kuasa politik adalah benteng terakhir mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

Tanpa kuasa politik, dasar dasar yang menjamin Pendidikan, Ekonomi, Agama dan bahasa bangsa melayu akan terdedah kepada pelbagai risiko dan tekanan.

Penyatuan orang melayu melangkaui kepentingan parti politik bukanlah satu pilihan di waktu ini tetapi adalah satu keperluan mendesak demi mempertahankan kuasa politik orang melayu, kerana perpecahan akan memberi ruang kepada pihak lain yang mahu melihat orang melayu terus berpecah dan lemah.

Hari ini kita harus mengingatkan kepada pemimpin pemimpin melayu untuk berjiwa besar dalam menghulurkan salam penyatuan diantara satu sama lain demi memperkuatkan semula kuasa politik tanpa bermain dengan sentimen kuasa kepentingan peribadi yang mengaburkan mesej yang jelas kepada rakyat.

Sejarah telah memberi pengajaran yang mahal kepada orang Melayu, justeru itu pemimpin-pemimpin Melayu jangan ulangi kesilapan lalu di mana perbalahan kecil akan menyebabkan bangsa sendiri akan kehilangan kuasa di dalam negara sendiri

Kita sebagai rakyat juga ada peranan dalam menilai perwatakan, ciri ciri seseorang sebelum dia menjadi pemimpin kita. Pilihlah mereka yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa dan agama, bukan yang tunduk kepada tekanan politik atau menjadi boneka kepada pihak yang lain.

Kuasa politik orang Melayu haruslah menjadi alat memperkukuhkan perpaduan nasional dan bukan di jadikan bahan yang boleh di tawar menawar demi kepuasan nafsu seseorang. Perpaduan melayu yang kukuh akan memberi kestabilan kepada negara secara keseluruhannya.

Insyaallah saya akan tetap bersuara dan memperjuangkan kesatuan politik melayu atas dasar kedaulatan, maruah serta masa depan bangsa melayu.

Dan sudah sampai masanya orang melayu bangkit dari tidur yang lena dengan satu suara, satu hala tuju dan satu matlamat yang sama iaitu mempertahankan kuasa politik sebagai warisan dan amanah untuk generasi yang akan datang.

Jangan kita leka dengan sentimen politik kepartian yang melampau sehingga kita lupa kepada perjuangan yang lebih besar iaitu survival nasib bangsa melayu itu sendiri

Azrol Mansor seorang Aktivis NGO

Facebook
Twitter
WhatsApp