TERKINI

Personaliti Melayu Diperalat DAP

Khairuddin Abu Hassan (kiri) – malayadaily.com

Jangan sama sekali kita bangga dengan kejayaan pemilihan Syahredzan Johan dalam Jawatankuasa Pusat DAP baru-baru ini kerana Melayu semacam ini rela diperkudakan oleh parti DAP.

Dalam apa jua keadaan sekalipun keseluruhan orang-orang Melayu jangan sama sekali percaya dengan DAP kerana strategi mereka untuk tawan kuasa politik Melayu amat halus serta bijak.

Bangsa Melayu harus boikot personaliti-personaliti Melayu dalam DAP kerana mereka tidak sedar diri diperalatkan untuk mengkhianati wadah perjuangan Melayu di negara kita.

Percaturan parti DAP untuk mendapatkan kuasa politik dalam landskap politik tanahair kita amat licik, terancang serta berterusan.

Mereka akan memperalatkan anak-anak muda Melayu sebagai calon DAP bagi menembusi seterusnya memenangi kawasan-kawasan pilihanraya Melayu kerana kerusi-kerusi DAP juga amat terhad jika mengikut persempadanan pilihanraya masakini.

Sebab itu PH amat berhajat untuk melaksanakan persempadan semula pada PRU16 kerana DAP akan berjaya mengembangkan sayap mereka menembusi lebih dari tiga puluh kerusi-kerusi baru dalam Dewan Rakyat.

Anwar Ibrahim dan PH sudah sedar mereka tidak akan mendapat sokongan dari para pengundi Melayu pada PRU16 kelak.

UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi ‘Bapa Kleptokrat’ tidak akan mampu menarik para pengundi Melayu untuk menyokong PH pada piliharaya umum akan datang.

Malahan, UMNO sendiri sukar untuk memenangi lebih dari lima kerusi pada PRU16 kelak.

Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi adalah dua tokoh Melayu yang harus dikalahkan di mana saja mereka bertanding pada PRU16 kerana kedua mereka adalah pengkhianat bangsa nombor satu.

Sebenarnya bangsa lain sukar untuk menggugat kuasa politik Melayu di negara kita tetapi dua tokoh Melayu ‘keparat’ ini bakal mengizinkan bangsa lain ambil kesempatan untuk menghancurkan kuasa politik Melayu di masa akan datang.

Melayu tiada pilihan lagi pada PRU16 kecuali untuk terus menyokong PN demi menjaminkan agar masa depan Melayu tidak terancam serta diganggu-gugat oleh sesiapun.

Percayalah dengan pendangan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya Melayu tidak bersatu-padu dan cuai maka lagi sepuluh tahun kita akan hilang tanahair ini buat selamanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad bukan ‘wali’ tetapi pandangan beliau kelazimannya amat tepat. Hanya masa ketika bakal menentukannya.

Mantan Perdana Menteri dua kali ini berada dalam lanskap politik negara dari tahun 1946 sehingga kini.

Pengalaman politik Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu luas sebab itu pembacaan politik beliau amat tepat.

Oleh : Khairuddin Abu Hassan – ADT Muafakat Nasional

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp