TERKINI

PH-BN Lebih Undi Popular, Kerusi DUN Hanya 40 Peratus

Gambar hiasan – foto awani

Berdasarkan rekod, undi popular yang diperolehi PH-BN ialah 49.5 peratus atau 3,399,472, lebih sedikit daripada PN yang mendapat 49.3 peratus atau 3,382,455 undi popular, perbezaan hanya 17,017 pengundi.

Data ini menggambarkan bahawa populariti kedua blok politik ini hampir sama, namun dari segi jumlah kerusi, ia menunjukkan sebaliknya.

Perikatan Nasional (PN) memenangi 146 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 245 kerusi dipertandingkan, iaitu hampir 60 peratus, namun kerusi untuk Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) hanya 99 buah kerusi (80 PH – 19 BN) dari 245 kerusi iaitu sekitar 40 peratus.

Ini memberi gambaran bahawa 99 kerusi yang dimenangi oleh PH/BN majoritinya disumbangkan oleh parti DAP yang memenangi sekurang-kurang 39 buah kerusi (Negeri Sembilan 5, Pulau Pinang 19 dan Selangor 15).

Kerusi-kerusi tersebut kebanyakkan di kawasan bandar yang memiliki jumpah populasi pengundi yang lebih tinggi berbanding kawasan separuh bandar dan luar bandar khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Maka tidak hairanlah mengapa undi popular PH-BN lebih sedikit daripada PN.

Dari aspek demografi pengundi pula, adalah amat jelas bahawa pengundi di kerusi-kerusi di kawasan bandar adalah pengundi campuran.

Ini menunjukkan bahawa kerjasama PH-BN hanya menguntungkan satu parti iaitu DAP, bukan keseluruhan parti gabungan. Malah bekas pemimin DAP P. Ramasamy mendakwa bahawa kemenangan beberapa kerusi PKR dan BN adalah kerana sokongan pengundi DAP.

Manakala PN, ia sememangnya di dominasi oleh PAS yang mana keseluruhan kerusi yang dimenangi oleh PAS di enam buah negeri sekitar 117 buah kerusi iaitu sekitar 80 peratus, selebihnya BERSATU 28 kerusi dan Gerakan 1 kerusi.

Ini menjelaskan bahawa gelombang hijau yang disebut-sebut, telah berlaku dan ia berterusan dari pilihan raya umum ke-15, tahun lalu.

Soalan yang utama, bagaimana kita mahu bergerak ke hadapan dari keputusan PRN 2023 ini?

Bagaimana kelebihan PN ini dapat menukar sokongan tersebut, menjadi satu langkah untuk mengembalikan kestabilan politik dan kemajuan ekonomi negara.

Hanya masa yang mampu memberitahu kita.

Editor

Facebook
Twitter
WhatsApp