TERKINI

Tun M sedia sokong pemimpin yang lakukan perkara betul untuk bangsa dan negara

Mahathir Mohamad (kiri), Khairy Jamaluddin (tengah), Shahril Hamdan (kanan) – foto Youtube KS

PUTRAJAYA, 14 Nov 2023 – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk menyokong mana-mana pemimpin yang melakukan sesuatu yang betul untuk memulihkan Malaysia.

Menurutnya, beliau juga berasa bertanggungjawab untuk bersuara jika berpandangan seseorang Perdana Menteri itu melakukan tindakan yang tidak baik untuk negara dan orang Melayu.

Tanpa merujuk mana-mana pemimpin secara khusus, Dr Mahathir berkata, lazimnya beliau akan memberikan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk melihat apa yang boleh dilakukan oleh individu yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kalau saya berdiam diri, bermakna saya tidak bertanggungjawab. Perjuangan saya untuk nak tentukan bangsa saya berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain, itu perjuangan saya…

“Apabila saya lihat orang ini lebih utamakan duit, lebih utamakan jawatan… itu saya tak boleh sokong lah. Kalau nak pegang jawatan Perdana Menteri, mesti sumbang kepada kejayaan negara dan pemulihan kedudukan orang Melayu, itu perjuangan saya.

Dalam program podcast Keluar Sekejap, Mahathir memberitahu bahawa selagi beliau masih boleh bercakap beliau tidak akan duduk diam.

Podcast Keluar Sekejap dihoskan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp