TERKINI

PKR dan Liberal International

Foto mykmu.net

Apa yang terjadi di Palestin akibat keganasan Zionis Israel amat menyedihkan. Namun lebih menyedihkan lagi apa yang sebenarnya terjadi di negara kita sendiri.

Rupa-rupanya konflik Israel-Palestin hari ini telah menyerlahkan dukungan sebenarnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pemimpin-pemimpinnya.

Sememangnya agak mengelirukan orang Melayu yang beragama Islam, apabila kita tidak dibenarkan melaungkan Allahuakbar di perhimpunan awam, tidak dibenarkan membawa gambar yang menghina Netanyahu Perdana Menteri Negara Zionis Israel yang membunuh kanak-kanak dan orang awam di Gaza. Kini para pelajar sekolah tidak dibenarkan membaca Qunut Nazilah.

Apabila tular baru-baru ini, kaitan PKR dan “Liberal International” ataupun Liberal Antarabangsa. Saya sempat melawat laman sesawang Liberal Antarabangsa itu dan apa yang saya lihat amat mengejutkan, memang terdapat logo dan maklumat dua buah parti politik dari Malaysia iaitu PKR dan Gerakan.

Dari laman sesawang ini jelas terdapat maklumat PKR, siapa Presidennya sekarang malah Nama Wan Azizah serta gambar beliau boleh di lihat didalam laman sesawang ini.

Liberal International yang ditubuhkan pada tahun 1947 di England dan kini berpusat di London, bertujuan untuk memperkukuhkan agenda Liberalisma di seluruh Dunia.

Liberal International mempunyai lebih satu ratus ahli yang terdiri dari parti-parti politik dan organisasi Liberal. Liberal International merupakan pejuang keadilan paling kuat untuk LGBTQ seluruh Dunia.

Israel merupakan salah satu Naib Presiden bukan Executive Liberal International dan semenjak 7 Oktober 2023, telah mengeluarkan kenyataan berikut “Liberal International Stands in Solidarity with the People of Israel” dan kenyataan ini masih boleh dibaca di laman sesawang mereka hari ini.

Logo dan apa-apa material berkaitan PKR hanya dihilangkan dari laman sesawang Liberal International pada 6 November 2023 pada masa yang sama penafian dibuat oleh Presiden dam Pemimpin PKR yang lain, sedangkan kenyataan Liberal International bersolidariti bersama Israel bermula sejak 7 Oktober 2023.

Jesteru, sepanjang jangka waktu satu bulan PKR adalah dilihat sebagai sebahagian dari keluarga Liberal International yang bersolidariti bersama Israel bagi sesiapa sahaja yang melawat laman sesawang tersebut.

Maka jika kita membuat kira-kira antara segala larangan yang kenakan berkaitan laungan Allahuakbar, larangan membawa gambar menghina Netanyahu, tidak boleh membaca Qunut Nazilah.

Malah tiada langsung kecaman terus terhadap negara Israel atas kekejaman yang dilakukan. Serta kaitan PKR dengan Liberal International selama ini. Dapatlah kita membuat satu kesimpulan.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp