TERKINI

PM Kata pelaburan tertinggi, tapi pelaburan yang ada, sedang tutup operasi

Syarikat pengeluar tayar global, Goodyear telah membuat keputusan untuk menutup operasi kemudahannya di Shah Alam sekali gus AKAN memberi kesan kepada lebih 500 kakitangannya.

Menurut Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.

Penutupan ini akan memberi impak pengurangan kos tahunan sebanyak USD1.0 bilion menjelang 2025 yang mana ia mampu mengekalkan daya saing dan kepimpinan goodyear dalam industri.

Goodyear sebuah jenama tayar ikonik Amerika Syarikat, telah memulakan perniagaannya di Malaysia sejak 1929.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak telah merasmikan kilang goodyear di shah alam pada tahun 1974.

Kilang itu juga adalah pembekal utama tayar untuk kereta nasional pertama Malaysia iaitu Proton Saga pada 1985.

Berdasarkan laporan media, Saham syarikat itu baru-baru ini dilaporkan menjunam selepas laporan kewangan tahun penuh 2023 dikeluarkan yang menunjukkan pendapatan Goodyear turun sebanyak 3.6 peratus kepada AS$20.1 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Selain kerugian diperingkat global, Goodyear Malaysia sebelum ini berdepan dengan tuduhan penderaan buruh, termasuk gaji tidak dibayar, kerja lebih masa yang berlebihan dan ancaman terhadap berpuluh-puluh pekerja asing di kilang pembuatan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pertikaian tersebut membawa ke mahmakah. Dan pada jun 2021 Mahkamah Perusahaan Malaysia telah membuat keputusan mengarahkan firma itu membayar balik gaji yang terhutang kepada 65 pekerja dan mematuhi perjanjian kolektif.

Berita penutupan operasi goodyear di Malaysia telah mengejutkan banyak pihak.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menyifatkan berita tersebut sebagai suatu kejutan dan beliau menggesa kerajaan bertindak bagi memastikan tidak ada lagi syarikat antarabangsa menghentikan pelaburan mereka di negara ini.

Rafidah mengingatkan kerajaan untuk tidak bergantung kepada memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukur tahap pelaburan.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perlu memastikan entiti perindustrian dan perniagaan yang sudah berada di negara ini tidak menutup operasi atau berpindah ke negara lain.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan tertinggi dalam sejarah dengan nilai RM329.5 bilion pada 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah yang direkodkan ini adalah 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2022 yang mana ia didorong pelaburan asing sebagai penyumbang utama sebanyak 57.2 peratus berbanding domestik iaitu 42.8 peratus.

Namun berita perkembangan ini menimbulkan persoalan, apakah maknanya pelaburan yang dikatakan tertinggi dalam sejarah, namun pada masa yang sama, pelaburan luar yang ada di dalam negara, sedang menutup operasinya di Malaysia.

Justeru kita berharap, selain usaha untuk meningkatkan pelaburan yang baharu, pelaburan yang sedia ada hari ini, harus dikekalkan. Usaha tersebut harus dilakukan dengan segera.

Editor

Facebook
Twitter
WhatsApp