TERKINI

Pojok Abang Hail: Putra mahu pulang

Orang panggil saya Abang Hail.

Hail bukan nama saya, Hail bermaksud; e-hailing – Hail. Maknanya, saya ni pemandu e-hailing. Tuan editor minta saya guna nama pena, biar nampak menarik katanya. Dia ajak saya tulis, ceritakan pengalaman saya sebagai pemandu e-hailing kepada pembaca malayadaily. Saya tulis cara saya je, kalau tak cantik, maafkan abang Hail ya.

Gambar hiasan – foto Times Indonesia

Salam geng, Abang Hail lagi.

Korang dah solat? Kalau belum, pilah solat dulu. Kalau dah, alhamdulillah.

Kali ni Abang Hail nak cerita satu kisah yang agak unik. Ada rasa sedih, dan ada rasa marah.

Dua hari lepas, Abang ada kayuh kat Puchong. Ambil satu penumpang, budak Indonesia. Nama dia Putra, umur dia 19 tahun, asal dari Malang Indonesia. Hmm…nama asal pun dah ‘Malang’.

Lepas pick up dia, Abang perhatikan dia, nampak macam ok, so Abang mula berkenalan. Biasanya, kalau seseorang tu nampak macam poyo, Abang tak berbunyi. Just ikut SOP e-hailing – selain ucapan greeting kepada pelanggan, kita hanya bercakap bila di tanya.

Budak ni peramah rupanya, dalam kereta dia bersembang, dan dia mengeluh, kerja susah, upah kecil, kerja dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Dari cerita dia, dia ni kerja di kilang kayu, baru sampai dan kerja di sini 7 bulan lalu, gajinya RM 60 sehari, tempat tinggal ada disediakan, just bilik kecil terletak dalam kilang kayu tu juga.

Abang Hail soal dia balik, gaji 60 tu masih cukup untuk hidup dan simpan, kerja 10 jam, tempat tinggal dah ada, takkan tak cukup? Kau nak gaji berapa?

Abang Hail fikir, biasalah budak-budak baru, suka mengeluh, angan-angan nak itu ini, tapi nak kerja yang mudah-mudah.

“Iye cukup, tapi kami selalu kena bayar wang”, tiba-tiba dia bersuara.

Saya tanya, bayar apa? Awak ada passport? Ada permit kerja?

“Ada semua” Jawab dia sepatah.

“Jadi, kena bayar apa lagi?” Soal Abang Hail.

“Tiap minggu ada orang datang kilang, dia minta wang sama kami, kalau tak bayar mereka akan cari pasal. Bapak saya suruh saya bayar, semua orang kena bayar mereka.

“Bapak bilang, kalau kita semua tak bayar, nanti mereka lapor penguasa, datang kacau kita semua di kilang. Kata Putra.

Lama Abang Hail berfikir nak hadam apa Putra cakap.

“Siapa mereka tu? Saya tanya Putra.

“Itulah, dia kontrak angkat sampah dengan Boss di kilang kami” Kata Putra.

“Kalau kotrak angkat sampah, Boss la bayar, kenapa kau orang?

Abang tak puas hati, tanya lagi.

“Jadi, kamu bayar? bapak kamu bayar? Berapa? Abang Hail tanya dia.

“Iya, bayar, kadang kala setiap seorang 20 ringgit, kadangkala 50 ringgit” jawab Putra.

Ini macam kes peras ugut – pow.

Abang Hail pesan dia, kau orang jangan bayar, mereka tu nak pow korang saja. Kau ada passport, kau ada permit, apa nak takut, kau bukan pekerja haram, kalau dia paksa bayar, kau report la pada majikan kau.

“Gimana Bang, Boss tahu, dia pun suruh kita bayar” jawab Putra.

“Eh kenapa Boss kau macam tu? menyirap pulak darah Abang Hail dengar cerita ni.

Dia diam.

Aduhai, Abang Hail jadi jem dengar dia jawab. Abang Hail terus diam berfikir masalah dia ni.

Kemudian Putra beritahu lagi. Dia suka nak tengok KLCC, waktu libur dia mahu keluar tengok KLCC, tapi dia takut.

“Kenapa pulak”? tanya Abang

“Takut kena bayar wang lagi” Dia jawab.

“Dah.. Siapa lagi nak pow kau?” Abang tanya dia.

“Ada sekali teman saya naik kereta e-hailing (tak sebut jenis apa), masa road block, polis tahan, pemandu e hailing suruh kami bayar polis kalau nak lepas road block. Jadi saya takut, jika tak bayar, nanti kena tangkap, kalau kena tangkap, boss akan marah, jadi bertambah masalah” kata Putra.

Abang Hail dapat rasa tekanan perasaan dia.

Abang Hail diam sepanjang baki perjalanan menghantar dia. Membayangkan, nasib dia yang dikelilingi pelbagai ugutan orang yang mencuri rezeki dari titik peluh dia.

Dari cerita dia, bapaknya mendesak dia berhenti sekolah, datang ke Malaysia dan bekerja membantu bapak dan ibunya di sini.

Bapak dan ibunya sudah berpisah, tapi mereka sama-sama bekerja di Malaysia, sebagai anak yang taat, dia terpaksa akur dan ikut kehendak ibu bapanya.

“Kau bila dapat gaji, apa kau buat dengan duit-duit gaji kau”? Abang Hail tanya dia.

“Nggak buat apa-apa, beri pada bapak dan ibu, ada sedikit kirim sama nenek di Malang selebihnya saya simpan. Jawab Putra

“Simpan duit buat apa, joli lah, pi jalan KL tengok KLCC” Abang Hail saja test dia.

“Dulu mau, sekarang nggak. Saya dulu belajar di pesantren, bapak saya minta berhenti belajar dan mahu saya ke sini bantu dia bekerja.

“Tapi di sini sukar, wang habis banyak bayar orang, saya mahu kumpul wang, tak mahu kerja di sini lagi, saya mahu pulang, mahu sambung belajar. Kata Putra.

Ok la budak ni, ada cita-cita yang positif, terharu Abang Hail dengar.

Abang Hail pesan pada dia, ya, pulanglah, habiskan pelajaran, capek belajar lebih baik dari capek bekerja, lepas tu penat-penat kerja, habis duit kena ‘pow’.

Putra hanya mengangguk.

Kesian budak ni. Doakanlah adik Putra.

Ok geng; bye.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp