TERKINI

Politik Bangsa Multikulturalisme Ditolak Sedunia – Bah. Akhir

Mansor Mohd Noor, penulis – malayadaily.com

Kejayaan multikulturalisme dalam kalangan awal migran terutama dari Eropah berlaku kerana kebaikan kumpulan migran Eropah awal yang menjadi pentakrif bangsa di negara bangsa peneroka itu.

Namun begitu, kejayaan kumpulan peneroka awal Eropah mengasimilasikan kumpulan migran yang datang kemudian terutama dari Asia, Afrika, dunia Arab dsbnya telah dilakukan secara halus untuk mempertahankan hegemoni bangsa Eropah sebagai teras bangsa negara mereka.

Namun begitu, kekerasan dan pendekatan tidak sivil termasuk diskriminasi, pembunuhan dll juga digunakan untuk memastikan amalan multikutulralisme terus subur. Yang jelas kejayaan ini berlaku di mana anak-anak-anak watan terus ditindas, diperbudak dan dipinggirkan seperti mana berlaku orang Asli di USA dan Australia.

Politik bangsa multikulturalisme ini diteruskan di negara barat sekitar 1960an atas dasar hak asasi, keadilan dan demokrasi melalui kebangkitan pergerakan sivil seperti United Kingdom, Jerman, Perancis, USA, Kanada, Australia dll dalam mengurus migran dari negara-negara bekas jajahan mereka seperti India, Pakistan, Bangkladesh, Nigeria, Algeria, Iraq, Syria dll.

Namun begitu, pasca perang Timur Tengah dan kezaliman Israel dan barat terhadap penduduk Pelastine, politik bangsa dan dasar awam multikulturalisme mula ditolak di negara barat atas alasan mereka membina sentimen etnik mereka, pengasingan dari penduduk bangsa asal di negara mereka dan memiliki budaya ganas yang mengutamakan Islam dan bukan negara bangsa mereka sendiri.

Canselor Jerman, Perdana Menteri Australia, Presiden Perancis dll termasuk European Union telah mengistiharkan politik dan dasar awam multikulturalisme sudah mati di negara-negara mereka.

Rusuhan berdarah di Perancis, Jerman dan terkini di United Kingdom adalah kebencian terhadap kominiti-komuniti migran di negara mereka.

Semasa pemerintah Kerajaan PH dan Kerajaan Perpaduan kini, mungkin menteri dan ahli politik tidak mempolitikkan bangsa multikulturalisme di Malaysia tetapi kumpulan NGO Bahasa Mandarin, sekolah dan budaya Cina telah berani menunjukkan taring dengan menterbalikkan bendera Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan, menolak dasar Bahasa Melayu di sekolah-sekolah Cina, mempertahan isu kalimah Allah di stokin dsbnya.

Di mana bumi dipijak langit dan dijunjung itu wujud sebuah negara bangsa. Memang betul, mana-mana negara bangsa dan bangsa adalah dinamik dan berubah-ubah oleh kerana dipengaruhi arus pembangunan, migrasi, globalisasi dan revolusi digital.

Di alam ini juga menunjukkan bumi yang berputar dan langit luas berubah-ubah tetapi negara bangsa itu kekal dengan pasak kewataannya tersendiri walaupun langit terbuka membuka peluang etnik dan bangsa lain untuk hidup memakmur dan berlindung bersama dalam damai bersamanya.

Pengasas ilmu multikulturalisme dari barat telah menolak politik dan dasar awam multikulturalisme sedemikian tak kan kita hendak bereksperimen dengannya pula di negara bangsa kita.

Dalam hal ini kepimpinan negara, parti politik dan NGO perlu sedar kesatupaduan rakyat kepelbagaian Malaysia lebih diutamakan dari mempolitikkan bangsa mukltikulturalisme yang mengugat kedamaian dan kestabilan politik dan ditolak oleh negara-negara maju dari barat hingga ke China.

Elok kita mengkaji lapisan sejarah, warisan budaya, sosio-ekonomi dan sistem politik yang menjadi asas negara bangsa ini dari membawa masuk perkara yang asing di bumi dan langit setempat.

Prof Dr Mansor Mohd Noor, Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp