TERKINI

Riba Masters : Wang dicipta dari atas angin

Masalah sebenar dengan ekonomi kita adalah kerana negara bergantung kepada Ahli Ekonomi yang hanya menasihat  kita  dari Ilmu Ekonomi songsang yang mereka pelajari turun temurun. Mereka tidak pernah soal dari mana datang ilmu ini selain ia jelas berpandangan alam barat.

Ilmu Ekonomi sekarang sebenarnya telah dicorak oleh apa yang dunia panggil Riba Masters yakni pengasas riba dunia awal. Untuk mudah faham Riba Masters ini bolehlah dikaitkan dengan keluarga Rothschilds, keluarga Yahudi terkenal dalam sejarah yang pernah berpidato “Kami tidak hairan siapa yang memerintah negara ini selagi kami yang menguasai sistem wang negara tersebut.”

Itulah kuasa sebenar Riba Masters ini. Riba Masters menetapkan sistem yang mereka mahu dunia amalkan. Mula-mula mereka mahukan sistem di mana riba memerintah dunia.

Kemudian mereka mahu sistem di mana ‘Pencipta Wang’ negara adalah bank-bank. Wang yang merupakan nombor dalam akaun semasa yang mereka boleh cipta dari atas angin apabila mereka memberi pinjaman.

Ini membentuk 93%-95% wang di semua negara. Ini telah mereka capai. Perniagaan bank memberi pinjaman dengan faedah, yang menjamin keuntungan kepada bank. Dan membenarkan bank mencipta wang yang mereka pinjamkan adalah rampasan kuasa ke atas manusia yang mereka telah capai.

Allah swt mengisytiharkan bunga haram ; kita mempunyai Mahkamah yang akan menghukum anda jika anda tidak membayar balik faedah kepada bank.

Bagaimanakah mereka kemudiannya memastikan sistem ini diteruskan. Daripada sistem wang mereka beralih kepada sistem pendidikan. Mereka perlu mencipta suatu subjek di mana orang akan kelihatan bijak mengajar subjek yang menjunjung minat dan semua pengetahuan salah yang mereka mahu disebarkan.

Mereka menemuinya dalam mata pelajaran Ekonomi. Subjek yang mengesahkan semua prinsip yang dikehendaki oleh mereka. Ilmu Ekonomi memberitahu dunia, mturun naik kadar riba akan menyelesaikan semua masalah negara.

Ahli ekonomi juga menyembunyi kerosakan, penciptaan wang oleh bank boleh lakukan kepada ekonomi dengan mengisytiharkan bank sebagai penggerak neutral dana daripada deposit kepada pinjaman. Ini suatu salah tafsiran dan salah tunjuk ajar ahli ekonomi yang sangat berat !

Tetapi oleh kerana seluruh dunia telah menelan ilmu songsang ini, malah menganugerahkan Hadiah Nobel kepada penyalur pengetahuan yang salah itu, apa yang boleh dilakukan oleh kita?!

Pada masa yang sama bank-bank membuat malapetaka kepada ekonomi. Sudah tentu mereka meminjamkan sebahagian kepada sektor sebenar tetapi tingkah laku mereka sebagai sebuah industri Chettiar menyalur wang kebanyakkannya kepada pinjaman peribadi dan sektor peribadi telah menyebabkan inflasi kekal dan masalah-masalah lain kepada negara seperti pengangguran belia dan siswazah, harga rumah yang melonjak, keciputan gaji dan jurang kemiskinan yang semakin melebar.

Dan untuk menyembunyikan inflasi sebenar mereka berpakat dengan perangkawan untuk menjadikan inflasi kelihatan rendah dengan mengira inflasi dalam setahun dan bukannya menetapkan inflasi bersandar tahun asas.

Jadi kita mendengar angka inflasi 2% atau 3% sahaja dan bukannya 50%-100% yang sebenar jika mereka mengumumkan inflasi ditetapkan kepada tahun asas.

Dan mereka berjaya menjadikan Bank Pusat kita sebagai agen upahan mereka di negara kita. Keseluruhan masalah ini tersembunyi kepada rakyat biasa negara dan agak rumit untuk mereka fahami.

Dan jauh dari mendidik, sistem pendidikan kita mengukuhkan pengetahuan salah yang diingini oleh mereka. Bank-bank Pusat bertindak sebagai ejen dua muka untuk memastikan sistem itu diamalkan di negara kita. Wartawan fikir mereka telah melakukan tugas mereka dengan baik apabila mereka menemu bual ahli ekonomi ini.

Dan apabila kepimpinan politik mengatakan bahawa Bank Pusat mempunyai kebebasan mutlak untuk melakukan sesuka hati mereka, maka kita maklum dengan muramnya ekonomi, kita benar-benar telah hilang pedoman dan haluan sepatutnya. Kasihanilah rakyat biasa.

Muhammad Zahid Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi, Gerakan Keadilan Monetari / Movement for Monetary Justice, Malaysia

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Tulisan-tulisan mengenai isu-isu berkaitan boleh di baca di laman web Movement for Monetary Justice di sini.

Facebook
Twitter
WhatsApp