TERKINI

Samakan Negarawan Dengan Serigala? Hipokrasi Lim Guan Eng

Ini adalah respon kepada laporan malaysiagazette.com bertarikh 10 September 2023 dengan tajuk “Jangan Percaya Serigala Politik Bertopengkan Negarawan” yang menyiarkan kenyataan Lim Guan Eng, Pengerusi Kebangsaan DAP sewaktu Persidangan Parti DAP 2023.

Terdapat petikan berbunyi, “Rakyat diingatkan tidak mudah percaya kepada serigala politik yang bertopengkan negarawan berprinsip atau orang muda yang mendokong politik lama”.

Seterusnya Guan Eng menekankan, “rakyat menyokong Kerajaan Perpaduan yang cekap uruskan ekonomi dan kos sara hidup.”

Rakyat sebenarnya ingat. Ingat dengan betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin yang berada didalam kerajaan hari ini dan betapa liciknya DAP dengan agenda tersembunyinya.

Rakyat masih ingat bagaimana mereka dibohongi oleh pemimpin-pemimpin yang begitu lantang termasuk Lim Guan Eng sendiri hendak menentang rasuah, begitu hebat melaungkan anti rasuah dengan janji-janji akan memenjarakan sesiapa sahaja dalam kerajaan yang terpalit dengan rasuah.

Dalam masa tiga hari, janji-janji sebelum itu tidak perlu lagi diendahkan. Hari Sabtu berjaya menang PRU15 hari Isnin sudah duduk dengan kumpulan perasuah.

Bukan itu sahaja, orang yang bukan sekadar terpalit rasuah yang dijanjikan hendak dipenjarakan itu, sedang dituduh di mahkamah, dilantik ke jawatan ke-dua tertinggi dalam kerajaan dan kini telah pun di gugurkan semua pertuduhan rasuah. Mana pergi pergi Pemimpin DAP?

Lim Guan Eng juga ada menyatakan “Kerajaan Perpaduan cekap uruskan ekonomi dan kos sara hidup”. Di sini, saya ingin menyatakan, ini adalah pembohongan kepada rakyat.

Harga barangan yang meningkat menyebabkan kuasa beli semangkin kecil, keadaan ringgit yang lemah dan setiap hari rakyat merungut. Di mana yang dikatakan urus ekonomi dan sara hidup yang cekap?

Dari laporan berita, pada Persidangan Parti DAP 2023 diluluskan juga resolusi yang berbunyi, “Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi hak dan kepentingan sah kaum serta masyarakat lain seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Melindungi kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan, selain melindungi kebebasan agama lain untuk diamalkan dengan aman dan damai serta tanpa gangguan, seperti termaktub dalam Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan,”

Adakah DAP akan mengubah perlembagaan parti mereka yang mahukan hak sama rata, secara tak langsung tidak mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu?

Adakah DAP akan mengubah Perlembagaan parti mereka yang memperjuangkan negara sekular yang mengasingkan agama dengan pentadbiran negara?

Atau ini hanya muslihat DAP untuk membeli jiwa orang Melayu? Setiap tahun resolusi baru boleh dibuat, apa sahaja boleh di putuskan dan dijadikan resolusi baru di setiap perhimpunan.

Apa jua resolusi DAP, ia hanya permainan persepsi kepada rakyat. Selagi agenda Malaysian Malaysia dikekalkan, semua resolusi ini hanya umpan dan ‘make up’.

Kenyataan Lim Guan Eng menyamakan negarawan yang diiktiraf dunia dengan serigala, adalah biadap, sedangkan tingkah laku sendiri yang penuh dengan hipokrasi, pembohongan dan agenda licik yang boleh membahayakan keharmonian negara pada jangka panjang.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp