Sejarah itu penting, sejarah memberitahu kita apa yang telah berlaku tidak kira berapa lama yang lalu, untuk kita pelajari dan mengambil iktibar serta kita gunakan iktibar itu untuk merancang masa depan. Jika ianya sejarah yang tidak baik, seharusnyalah kita mencari cara supaya ianya tidak diulangi.
Jika kita mengimbau kembali sejarah kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis. Kita akan berjumpa dengan dua karakter yang menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melaka. Iaiti Si Kitul dan Raja Mendeliar.
Malah selain bantuan dari pengkhianatan dari dalam. Portugis juga mendapat bantuan dari pedagang-pedagang Cina dan India yang juga membelot dengan meminjamkan Jong mereka untuk kegunaan Portugis mengaburi mata tentera Melaka.
Satu bukti bahawa bangsa Melayu itu tidak kurang kehebatannya, amat sukar untuk ditumbangkan sehingga memerlukan bantuan pengkhianat dari dalam dan luar.
Hari ini kita juga terasa seolah-olah telah dijajah secara halus. Sebagai bangsa teras Tanah Melayu, yang telah tinggal di Tanah Melayu ini lebih seribu tahun, sepatutnya lah kita yang berkuasa di Tanah Melayu ini.
Apabila kita tidak lagi boleh dengan mudah berkumpul dan berbicara tentang bangsa sendiri, kerana akan di tuduh sebagai cuba mencetuskan sentimen perkauman Melayu dan cuba menimbulkan huru-hara.
Jelas sekali bangsa Melayu bukanlah bangsa yang menguasai tanah air ini. Dengan jelas juga, jika bukan kerana adanya karakter Si Kitul dan Raja Mendeliar pada hari ini, tidak mungkin ini boleh terjadi.
Hari ini penjajahan tidak perlu menggunakan senjata atau pun kapal perang. Ianya boleh dilakukan secara halus, cukup dengan mengatur strategi licik dan memanipulasi sistem demokrasi yang diguna pakai oleh negara kita.
Yang penting ialah mengawal punca kuasa, dan punca kuasa kita ialah di dewan Parlimen. Dengan sokongan dan bantuan golongan DNA Si Kitul dan Raja Mendeliar, usaha ini tidak mustahil.
Kita jangan marah pada bangsa lain, mereka hanya mengambil peluang yang di sediakan. Marah kita ialah pada golongan Si Kitul dan Raja Mendeliar yang memberi dan mambantu mereka mendapatkan peluang itu.
Sedarlah Orang Melayu.
Kita bercakap tentang mempertahankan kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, kesucian agama Islam dan Bahasa Melayu. Umpama kita sedang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kerana semua itu termaktub didalamnya. Dan kerana usaha itu, kita dianggap rasis dan cuba mengganggu ketenteraman awam.
Perlembagaan mereka dan juga merupakan perjuangan mereka untuk menuntut hak sama rata, menidakkan agama Islam sebagai agama rasmi negara serta mahu mengubah perlembagaan yang sedia ada kepada yang lebih sekular, seolah-olah perlembagaan Persekutuan yang sedia ada ini salah.
Jelas sekali bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi merekalah yang dominan didalam kerajaan hari ini, dan merekalah yang memegang punca kuasa.
Tidakkah sejarah mengajar kita?
Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com