TERKINI

‘Suka-suka ubah sokongan’, inilah punca rakyat benci politik

Ahli parlimen Bukit Gantang – foto Awani

Lagi kita diberitakan tentang Ahli Parlimen yang dipilih rakyat, mengkhianati mandat yang di beri.

Kali ini ahli parlimen Bukit Gantang yang kononnya sebelum ini membawa perjuangan dan keyakinan bahawa korupsi dan rasuah itu salah, serta kerajaan yang mereka mahukan ialah sebuah kerajaan Melayu Islam yang tidak rasuah mahupun bersekongkol dengan kumpulan perasuah dan DAP.

Sekarang telah merubah pendirian dan kini menyokong pentadbiran yang dipenuhi pendusta, golongan rasuah termasuk bersekongkol dengan DAP.

Sebelum ini, ahli Parlimen Kuala Kangsar, Labuan, Gua Musang dan Jeli telah berubah pendirian dan menyokong pentadbiran kerajaan hari ini.

Inilah salah satu punca kenapa ramai orang Melayu yang sudah tidak minat dan ambil tahu tentang politik negara. Kebelakangan ini, setiap pilihanraya kita dapati jumlah peratusan orang Melayu yang keluar mengundi juga adalah rendah.

Antara alasan yang diberikan oleh kelima-lima ahli Parlimen ini ialah untuk menjaga kepentingan pengundi-pengundi di kawasan parlimen mereka, maka mereka mengambil keputusan untuk mengkhianati pengundi-pengundi dan berubah sokongan.

Adakah mereka membuat kaji selidik terhadap pengundi-pengundi kawasan mereka dan keputusannya rakyat mahu mereka ubah pendirian? Diyakini tiada, semuanya ialah keputusan untuk kepentingan diri sendiri dan poket masing-masing.

Walau bagaimanapun, orang Melayu diseru supaya jangan putus asa dengan politik, walaupun tindakan segelintir ahli politik yang tidak jujur ini amat mengecewakan.

Tetap jalankan tangungjawab untuk keluar mengundi dan memilih ahli parlimen yang berintergriti.

Tumpukan kepada politik orang Melayu, kerana politik amat penting untuk memastikan pentadbiran negara kekal ditangan orang Melayu demi bangsa dan agama.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp