TERKINI

SURAT: Tahniah Nga Kor Ming! Malaysian Malaysia Makin Menjadi

Ghafar Mohamad, Penulis (kanan) – malayadaily.com

Syabas kepada Nga Kor Ming dan DAP kerana berjaya melaksanakan agenda Malaysian Malaysia dengan penuh kesabaran dan strategi.

Langkah demi langkah, tanpa terburu-buru, tetapi cukup tersusun.

Kini, konsep “sama rata” dalam peruntukan agama semakin direalisasikan.

Islam sebagai agama Persekutuan? Ah, itu hanya sekadar tulisan dalam Perlembagaan, bukan?

Yang penting, semua agama mesti mendapat layanan yang sama—tak kira apa yang telah termaktub sejak merdeka.

Bukan setakat itu, mungkin selepas ini Bahasa Kebangsaan juga perlu dikongsi bersama?

Bahasa Melayu yang selama ini menjadi identiti negara pasti boleh diberikan “keadilan” dengan menaikkan taraf bahasa lain juga.

Barulah betul-betul Malaysian Malaysia, kan?

Perubahan ini dilakukan dengan penuh kelembutan dan ketelitian, tetapi yang pasti, selagi kerajaan Madani memerintah dan DAP menguasai kerusi majoriti, tiada apa yang mustahil.

Tahniah sekali lagi, Nga Kor Ming.

Perjuangan ini pasti diteruskan, sedikit demi sedikit, hingga akhirnya tiada apa yang tinggal dari identiti asal negara ini.

Rakyat hanya mampu melihat… atau sudah tiba masanya untuk bersuara?

Oleh : Ghafar Mohamad (pembaca malayadaily.com)

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp