TERKINI

Tanah Palestin hilang, Tanah Melayu?

Gambar hiasan

Menurut beberapa catatan sejarah, bumi Palestin sewaktu berada di bawah Empayar Uthmaniyah selama lebih kurang 400 tahun, penduduk Yahudi pada ketika itu hanya berjumpah 3% dari seluruh rakyat di bumi Palestin.

Pada 1901 pemerintah Empayar Uthmaniah mula memberi hak sama rata untuk bangsa Yahudi membeli tanah, maka menjelang 1914 penduduk Yahudi meningkat menjadi 7%.

Kerajaan Britain yang memerlukan sokongan bangsa Yahudi yang berpengaruh diseluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat di dalam kempen peperangannya sewaktu Perang Dunia Pertama., telah membuat deklarasi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour, satu deklarasi yang menyokong penubuhan negara Zionis Israel di Bumi Palestin seawal 1917, sewaktu mulanya perang.

Apabila terbubarnya Empayar Uthmaniah pada tahun 1922, Deklarasi Balfour diluluskan oleh Liga Bangsa-bangsa (PBB) pada ketika itu dan ini membawa kepada kewujudan sebuah negara Israel merdeka pada tahun 1948. Dan seterusya umum telah arif dengan apa yang telah berlaku sehingga ke hari ini.

Tanah Palestin telah dirampas secara sistematik, dengan berbagai cara. Bermula dengan pembelian tanah, kemudian peperangan, penempatan haram dan tipu helah. Ini sejarah ringkas bangsa Palestin yang kehilangan tanah, bagaimana pula dengan sejarah yang telah dilalui dan masa depan Tanah Melayu?

Bangsa Melayu juga sebenarnya sedang diserang secara sistematik, bangsa Melayu juga semakin kehilangan tanah di bumi Melayu ini. Serangan yang diterima bukan dengan senjata api, penguasaan yang dibuat bukan dengan secara fizikal.

Kita diserang dengan menggunakan kuasa ekonomi, kaum lain berterusan memperkukuhkan kuasa ekonomi mereka. Dengan kuasa ekonomi inilah mereka memperluaskan pemilikan tanah, tidak siapa boleh nafikan pemilik hartanah di bandar-bandar adalah majoritinya bukan Melayu.

Dengan kuasa ekonomi ini jugalah mereka mula mengambil kuasa politik.

Kerana itulah usaha-usaha seperti SG4 yang mahu memperkuatkan ekonomi orang Melayu perlu disokong.

Kita tidak perlu angkat senjata untuk mempertahankan tanah Melayu ini, cukup sekadar memahami kemungkinan yang boleh terjadi dan bertindak dengan bijak apabila pilihan raya tiba serta bersama-sama berusaha pertingkatkan ekonomi bangsa.

Azman Mohd Hashim SM

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp