Secara ringkasnya, kita semua memahami bahawa di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sesiapa yang mendapat undi majoriti, dialah yang akan menjadi pemerintah ataupun pentadbir negara.
Namun, tetap juga kumpulan majoriti ini perlu menjaga dan melindungi kumpulan minoriti yang kalah tadi.
Situasi demokrasi di Malaysia adalah agak unik jika dibandingkan dengan negara-negara jiran di sekiling kita.
Di Indonesia, Thailand malah Filipina dan Vietnam, imigran yang datang dan ingin menjadi rakyat mereka perlulah mengasimilasi diri mereka kepada bangsa negara yang mereka migrat itu. Mereka perlu menukar nama, budaya dan bahasa kepada ciri-ciri bangsa negara tersebut.
Imigran ini akan menjadi Bangsa Thai di Thailand dengan mengamalkan budaya Thai, mengunakan Bahasa Thai dalam kehidupan harian malah menukar nama mereka ke dalam bahasa tempatan, begitu juga di Indonesia, Filipina dan Vietnam serta beberapa negara lain.
Apabila tiba untuk memilih pemerintah negara, rakyat negara ini semua tiada masalah. Kerana, mana-mana parti yang mereka pilih adalah dari bangsa mereka sendiri, kalau di Thailand Bangsa Thai, di Filipina Bangsa Filipina sama juga di Indonesia. Perbezaannya ialah idealogi dan corak pemerintahan yang akan dibawa parti politik yang mahu dipilih.
Ianya tidak semudah itu di Malaysia. Selain kita mempunyai berbagai parti politik yang juga membawa berbagai idealogi, kita juga mempunyai pecahan bangsa yang amat ketara dan jelas perbezaannya.
Imigran yang tiba ke negara ini ratusan tahun dahulu, tidak kira dari Cina, India, Arab dan Eropah telah mengasimilasi diri mereka menjadi bangsa Melayu iaitu bangsa teras Persekutuan Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malaysia.
Tetapi, berbeza dengan Imigran yang di bawa oleh penjajah Inggeris pada penghujung abad ke 19.
Walaupun kumpulan imigran ini mahu menjadi rakyat Tanah Melayu, tetapi mereka tetap mengekalkan budaya, bahasa dan dikenali mengikut negara masing-masing.
Imigran dari Cina di panggil bangsa Cina dan Imigran dari India di panggil bangsa India, secara tidak langsung menggambarkan ikatan kepada negara asal mereka yang masih kuat. Mereka inilah yang menjadi bangsa minoriti di negara kita.
Kajilah mana-mana sejarah pun, tiada bangsa yang merelakan negara asal dan bangsa mereka di perintah oleh golongan minoriti, lebih-lebih lagi minoriti yang asalnya adalah kumpulan imigran.
Sebagai contoh, pemerintahan golongan minoriti kulit putih ke atas majoriti kulit hitam di Afrika Selatan yang hanya bertahan dari tahun 1948 sehingga 1994, itu pun penuh dengan konflik.
Dengan akal lojik, tidak mungkin golongan minoriti dapat menguasai pemerintahan negara di dalam suasana sistem demokrasi.
Memandangkan di Malaysia yang mana bangsa Melayu dan Bumiputera asal negara ini merangkumi hampir tujuh puluh peratus dari jumlah penduduk.
Namun pada hakikatnya, kemungkinan itu tidak mustahil. Kerana bangsa Melayu berpecah kepada beberapa kumpulan parti politik, ini menjadikan bangsa Melayu di asingkan kepada beberapa kelompok kecil.
Apa yang diperlukan hanyalah pembelotan kepada bangsa Melayu dari beberapa parti politik Melayu untuk membolehkan kumpulan minoriti ini memegang kuasa.
Ini boleh berlaku, sekiranya ada yang mendapat tawaran kuasa dan kewangan. Tidak mustahil ada yang sanggup mengkhianati bangsa sendiri dan kita semua tahu kekuatan ekonomi berada pada siapa.
Setiap bangsa di dalam negara ini telah di sebutkan hak masing-masing di dalam Perlembagaan Persekutuan dan itu harus dihormati, keamanan dan kemakmuran negara tetap yang terutama.
Siapa sahaja yang menjadi pemerintah harus mempastikan keluhuran Perlembagaan di sanjung tinggi dan dipatuhi.
Sebagai Orang Melayu, untuk melihat Negara ini kekal menjadi milik Bangsa Melayu serta perlembagaannya terus dipelihara dengan baik. Adalah satu tanggungjawab.
Azman Mohd Hashim SM
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com