TERKINI

Terjemahkan Penyatuan Melayu Di Kertas Undi

Gambar hiasan – foto Utusan Malaysia

Setelah berbagai usaha dilakukan untuk penyatuan dan menyedarkan orang Melayu tentang kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya kita tidak menguasai pemerintahan negara sepenuhnya, yang mana di dalam keadaan itu orang Melayu mungkin boleh hilang terus kuasa, tanah dan identiti negara Melayu.

Atas dasar ini jugalah usaha penyatuan Melayu di gerakkan, termasuklah pelancaran Proklamasi Orang Melayu oleh Tun Dr Mahathir.

Pada malam 21hb Julai 2023, di Stadium Sultan Muhammad IV telah disaksikan oleh puluhan ribu mereka yang hadir malah ribuan lagi yang mengikutinya secara online.

Ketiga-tiga pemimpin besar Melayu iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad, Tan Sri Tuan Guru Hadi Awang serta Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama beberapa pemimpin Melayu yang lain telah mempamerkan jiwa besar mereka dengan mengenepikan segala perbezaan untuk duduk bersama di atas pentas utama demi penyatuan Melayu.

Diharapkan orang Melayu tidak setakat seronok menyaksikan perhimpunan yang berlaku dengan bersorak dan bertepuk tangan, tetapi menterjemahkan penyatuan Melayu ini melalui kertas undi pada pilihan raya nanti.

Usaha penyatuan Melayu ini tidak berniat untuk memberi isyarat negatif kepada rakan-rakan bukan Melayu.

Sepanjang sejarah dari selepas merdeka hingga ke hari ini, tidak pernah mana-mana kaum pun di Malaysia ini yang ditindas atau dinafikan hak mereka.

Semuanya bebas untuk mendapat pendidikan, menjalankan perniagaan dan membuat kekayaan serta untuk hidup dalam aman dan harmoni.

Malah kita bukan berbicara tentang sepanjang enam puluh enam tahun ini sahaja, malah sejarah membuktikan sejak ratusan tahun dahulu pun semua rakyat yang hidup di bawah pemerintahan orang Melayu tidak pernah ditindas.

Sememangnya tidak boleh dinafikan, semua bangsa dalam negara ini telah menyumbang kepada kemajuan negara baik dari segi pembangunan mahupun ekonomi, itu adalah sesuatu yang semulajadi sebagai rakyat mana-mana negara pun.

Setiap kerajaan yang memerintah mempunyai tanggungjawab terhadap setiap rakyatnya. Jesteru itu telah menjadi hakikat untuk setiap kaum mempunyai wakil di dalam kerajaan siapapun, bagi menjamin kebajikan dan kamakmuran setiap kaum itu dilindungi dan dipelihara.

Azman Mohd Hashim – Semangat Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp