TERKINI

Tun M Tekad Bantu Transformasi Ekonomi Empat Negeri

Khairuddin Abu Hassan (kanan) – foto Awani

Tun Dr Mahathir Mohamad amat bersemangat, komited dan bersedia untuk membantu kepimpinan di negeri Terengganu, Kelantan, Kedah serta Perlis bagi mentransformasikan pembangunan ekonomi agar setanding dengan negeri-negeri maju lain di Pantai Barat Semenanjung.

Berbekalkan pengalaman membangunkan negara Malaysia, insya-Allah Tun Dr Mahathir Mohamad secara jujur dan ikhlas akan terus membantu negeri-negeri ini untuk melonjak secara gemilang dalam bidang pembangunan ekonomi.

Ini juga merupakan satu pendekatan ke arah membuktikan bahawa negeri Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis boleh maju secara lebih baik dibandingkan dengan negeri-negeri maju lain di tanahair kita.

Kekayaan hasil-mahsul di negeri- negeri ini mempunyai potensi yang amat tinggi untuk dibangunkan melalui perancangan yang rapi dan sistematik.

Tidak mustahil untuk mencipta rekod cemerlang bagi pembangunan ekonomi di negeri-negeri ini kerana pemimpin-pemimpin utama yang mentadbir di empat negeri-negeri tersebut amat berintegriti serta berprinsip tulen melawan rasuah.

Prinsip tulen melawan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang mentadbir di negeri-negeri ini amat menyerlah jika dibandingkan dengan PMX mahupun pemimpin-pemimpin PH-BN yang cukup ‘fake’ dalam agenda memerangi korupsi.

PMX dan pemimpin-pemimpin PH-BN sekarang sudah menggadaikan prinsip perjuangan mereka dalam agenda melawan rasuah.

Kami terus komited untuk memerangi serta membanteras rasuah jika dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin PH-BN yang kini ‘conform’ dengan tokoh-tokoh kleptokrats semata-mata bagi menjaminkan mereka terus berpaut pada kuasa.

PMX dan kerajaan Madani terus membuka ruang untuk pemimpin-pemimpin kleptokrats UMNO memegang jawatan-jawatan tertinggi kepimpinan negara kerana perlu sokongan bagi mereka menubuhkan kerajaan.

Perjuangan PH-BN hanya untuk kepentingan mendapatkan kuasa politik bukan ke arah membela rakyat serta membangunkan negara.

Sebab itu keseluruhan rakyat Malaysia harus menolak kerajaan MADANI yang ditunjang oleh pemimpin-pemimpin korup pada hakikatnya.

Ramai orang tanya kenapa dulu Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersama PH untuk membantuk kerajaan tetapi mengapa tidak lagi kini?!

Dulu semangat pemimpin-pemimpin PH bermati-matian melawan kerajaan kleptokrasi BN khususnya dalam kes skandal 1MDB.

Tetapi kini bila PH sanggup menerima pemimpin-pemimpin kleptokrats untuk menubuhkan kerajaan perpaduan MADANI kononnya; ini sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran waras.

Dari tahun 2014 sehingga 2018 kami sama-sama melawan kerajaan kleptokrasi tetapi kini demi untuk Anwar Ibrahim hendak menrealisasikan impian rakus beliau bagi menjadi Perdana Menteri Malaysia sanggup bekerjasama dengan ‘parasit’ ataupun musuh-musuh politik yang merosakkan negara kita.

Bila perkara ini berlaku secara jelas apakah kita boleh terima lagi pemimpin-pemimpin PH yang sanggup melacurkan prinsip perjuangan untuk menegakkan kebenaran?!

Situasi kerjasama kami dengan PH pada suatu masa dahulu sudah tersimpang jauh kini.

Inilah dia sikap hipokrasi dan penipuan Anwar Ibrahim dulu, kini dan selamanya yang Allah swt sedang tunjuk kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Dari membuang masa berbicara mengenai PMX dan kerajaan ‘haprak’ MADANI lebih baik Tun Dr Mahathir Mohamad terus tumpu untuk membantu pembangunan ekonomi di negeri-negari yang ditadbir oleh kepimpinan Melayu.

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ini lebih ‘afdal’ khususnya untuk menebus maruah anak bangsa sebagai bangsa yang progresif demi bagi menjaga kepentingan keseluruhan rakyat tanpa kira kaum mahupun agama di Terengganu, Kelantan, Kedah mahupun Perlis.

Percayalah bahawa agenda Tun Dr Mahathir Mohamad ini bakal memanafaat nasib keselurahan rakyat di negeri-negeri ini. Insyaallah!! Ameen!!

Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp