TERKINI

Wasiat Sulaiman Palestine agar bela perjuangan Mahathir

Penulis (gambar kecil) – malayadaily.com

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Beliau amat berpandangan jauh serta begitu teliti dalam mengumpul bahan-bahan bukti sebelum membuat teguran-teguran ikhlas demi kepentingan bangsa dan negara.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membuka mulutnya itu membawa erti adalah asas kebenaran di sebalik setiap ungkapan kata-katanya.

Beliau adalah seorang tokoh negarawan yang senantiasa berpegang erat pada hukum undang-undang dan sama sekali tidak pernah berkompromi dengan apa saja bentuk salahlaku.

Namun, sebagai tokoh politik utama negara Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah terlepas dari pelbagai dakyah fitnah terhadap diri mahupun keluarganya.

Musuh-musuh politik beliau senantiasa menabur berbagai tohmahan-tohmahan serta tuduhan-tuduhan jahat untuk mencemarkan kredibilitinya.

Namun, akhirnya Allah swt senantiasa memelihara kesejahteraan dan keselamatan Tun Dr Mahathir Mohamad dari segala niat jahat oleh musuh-musuh politik beliau.

Pada kelazimannya juga melalui pengamatan saya musuh-musuh politik beliau akan ‘rebah’ dengan sendirinya seorang demi seorang.

Kini, baru saya sedar mengapa Allahyarham Sulaiman Palestin meninggalkan wasiat terakhirnya pada tahun 1996 kepada seluruh isi keluarga saya untuk terus membela serta mempertahankan wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wasiat ringkas Allahyarham Sulaiman Palestin menyatakan hanya Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang boleh menyelamatkan nasib masa depan Melayu serta Islam di tanahair kita.

Kemungkinan besar inilah juga hikmahnya Allah swt masih meminjamkan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kita semua untuk selesaikan segala perjuangan yang belum selesai.

‘Alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’ dan ‘jika hendak menggenggam bara biar sampai menjadi abu.’

Selagi ‘hayat dikandung badan’ perjuangan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad akan diteruskan walau apapun rintangan yang bakal dihadapi.

Semoga Allah swt terus memelihara serta memberkati wadah perjuangan mulia Tun Dr Mahathir Mohamad. Ameen.

-tamat

Khairuddin Abu Hassan – Aktivis politik

Facebook
Twitter
WhatsApp