BAHAGIAN AKHIR
Pada Samad, Sako bukanlah seorang yang membenci orang-orang Inggeris sebagai manusia.
Kebenciannya olehnya terhadap sistem kolonialisme Inggeris bukan kepada individu-individu. Setengah-setengah yang dikenalinya memuji Sako.
Apakah kefahamannya yang mendorongnya memasuki gerakan kebangsaan mulanyamenjadi pemimpin Kesatuan Melayu Singapura, kemudian menganggotai Kesatuan Melayu Muda bersama Ibrahim Yaakob? Selepas perang dia ikut menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu kemudian menjadi pemipim Parti Buruh dan menjadi pemimpin Barisan Sosialis.
Dia bertadning sebagai calon Parti Buruh dan Barisan Sosialis. Tetapi apakah dia sebenarnya seorang sosialis yang komited kepada ideolofi sosialis? (Memoir, h. 20)
Samad menyifatkan Sako sebagai “tidak pandai berintrigue, dia tidak pandai memperalatkan orang.” Sako juga seorang yang tidak pandai “menjadi dalang atau manipulator.” Sako katanya, “terlalu lurus, jujur dan pengasihan.” Memoir Sako menceritakan kehidupannya sebagai seorang tahan darurat.
Tidak banyak cerita tentang sejarah awal KMM bagaimana ia ditubuhkan, apakah sebenarnya tujuan perjuangan KMM ketika ditubuhkan, mengapa Sako bekerja di Warta Malya bersama Ibrahim Yaakob setelah akhbar itu dibeli dari Syed Hussein al-Sagof?
Adakah sebagai persiapan menghadapi perang Jepun-British di Malaya?…Adakah benar modal itu diberi oleh Jepun?
Penduluan Samad itu juga mendedahkan beberapa peristiwa mungkin tidak diketahui awam yang mana pada than 1945, ketika Jepun hampir menyerah diri, Samada menjadi wakil KRIS cabang Singapura yang menghadiri kongresnya di Kuala Lumpur. Katanya, “Kongres itu tidak dapat diteruskan kerana Jepun telah menyerah diri.” Sako juga hadir.
Di Kuala Lumpur, Samad menemui Sako bersama Dato’ Onn bin Jaafar dan Dr. Burhanuddin (Helmi). Akan tetapi katanya, cerita Kongres itu hingga hari ini masih samar-samar sedangkan menurut rencana asal Ibrahim Yaakob, kongres itu dikatakan akan memproklamir kemerdekaan daripada Inggeris.
Sebelum kongres itu berlangsung Ibrahim Yaakob pulang ke Singapura dan dari Singaprua Ibrahim dibawa oleh Jepun ke Indonesia bersama isterinya serta Onan Haji Siraj dan Hassan Manan. Ini adalah satu peristiwa penting dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu pada hemat saya (Memoir, h. 21)
Sako tidak menceritakan peristiwa itu dalam Memoirnya. Samad menarik perhatian kita akan “apakah peranan Sako dalam perancangan kongres itu.” Samad juga mengatakan bahawa Sako tidak menceritakan latar perannya memimpin Parti Kebangsaan Melayu atau peranannya dalam Parti Buruh dan Socialist Front.
Sako juga tidak memceritakan mengapa beliai ditahan oleh pemerintah dalam masa konfrontasi di Indonesia? Apakah benar Sako terbabit dalam konspirasi itu? Menurut Samad, Sako tidak cuba menyangkal Kertas Putih yang diterbitkan oleh kerajaan mengenai peristiwa tersebut.
Dalam ‘Pendauhuluan’nya kepada Memoir Sako, Samad seolah-olah bertujuan mentafsir semula sejarah. Samad merupakan pejuang anti-penjajahan, disebutnya sebagai “semangat antikolonialisme.”
Samad mengaku bahawa beliau dan rakan-rakan berpegang kepad cita-cita Melayu Raya atau Indonesia Raya tetapi tekanan kami waktu itu ialah memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Singapura.
Sako tidak menyentuh aspek ini dari perjuangan golongan kiri Melayu sedangkan beliau merupakan seorang tokoh penting yang pada mulanya mendasarkan perjuangan menggabungkan Malaya dan Singapura dalam Indonesia Raya (Memoir, 22).
Samad berkata Memoir Sako tidak menceritakan perhubungannya (Sako) dengan Dato’ Onn, Dr. Burhanuddin dan dengan pemipimpin-pemimpin lain. Sako juga tidak menceritakan hubungannya dengan Kajai, dan dengan wartawan lain, dengan Syed Hussein al-Sagof, Haji Dahland Mas’ud dan Ibrahim Mahmud. Mereka telah bekerja dengan Sako di Singapura.
Samad juga menimbulkan persoalan siapakah guru Ishak haji Muhammad dalam politik. Adakah gurunya Ibrahim Yaakob? Tanya Samad.
Saya tidak dapat menjawab soalan itu, Setahu saya Sako bukanlah seorang yang mendalami teori politik atau falsafah seperti Dr. Burhanuddin al-Helmi.
Tetapi Sako kuat membaca dan pembacaannya luas, fikirannya terbuka dan tidak terkongkong oleh satu-satu aliran faham, ideologi ataupun falsafah. Jiwa kemelayuannya kuat dan idealismenya bertunjang kepada tradisi dan nilai hidup kampung (Memoir, h. 23).
Kata Samad, Pak Sako sering mengejeknya kerana tidak mengenali Masyarakat Melayu “kerana saya kelahiran kota Singapura. Saya tidak mengenali dari dekat kehidupan rakyat yang mati-matian nasibnya-nya cuba saya perjuaangkan.” Dari pandang Sako, menurut Samad, “kejawaan saya masih kuat.”
Sako melihat Samad lebih meminati dan “memuja pemimpin-pemipin seperti Sukarno, Tan Malaka, Sutan Shahrir seta pujangga-pujangga baru Indonesia daripada mendalami Syair Siti Zubaidah.
Dari penulisan Pendahulauan itu, kita dapati Samad mendalami soal-soal politik tanah air (digunakan perkataan ini beberapa kali), “mengenai masa depan bangsa Melayu dan rumpun Melayu.”
Bersama dengan Sako, beliau membincangkan pemberontakan orang-orang Aceh menentang Belanda, perjuangan Imam Bonjol dan Deponegoro, perjuangan rakyat Filipina menentang penjajah Sepanyol dan Amerika, mengkaji sastera dan warisan budaya bangsa Asia, termasuk “mengenali pahlawan bangsa Filipina iaitu Jose Rizal.”
Perbincangan-perbincangan ini diketuai oleh Sako dan Ibrahim Yaakob. Peperangan dan pendudukan Jepun mengajar Sako dan Samad erti pejuangan, penindasan penjajahan dan imperialisme Barat. Samad dan Sako juga didedahkan dengan Revolusi Peranchis dan Rusia – mengambil iktibar daripada belenggu Barat dan kaum feudal.
Pendahuluan Samad juga memaklumkan kita bahawa beliau juga pelajar sejarah, terutama sekali sejarah penjajahan, sehingga “mencetuskan keinginan kami untuk mendalami lagi ilmu politik dan mengajar kami melihat Inggeris dari kaca mata yang baru.”
Samad melihat Sako sebagai seorang yang rendah diri.
Dia tidak pernah menulis tentang dirinya. Umpamanya bagaimana dia berkarya menghasilkan novel Anak Mat Lela Gila atau pun Putera Gunung Tahan atau pun mengajar saya agar mencontohi gaya bahasanya atau pun bagaimana dia menulis pojok ‘Hantu Raya’ nya yang menonjolkan namanya sebelum perang dahulu (Memoir, h. 25).
Tamat
Oleh : Ahmad Murad Merican, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, (ISTAC-IIUM), Kuala Lumpur
[Ucaptama pada Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail: Wartawan, Cendekiawan Awam, Negarawan, anjuran Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM), bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 15 January 2024.]