TERKINI

“Apa yang you buat ni tak betul, please stop dekat sini” – Bibi Sunita

Tegar Dalam Perjuangan Demi Membawa Perubahan Kepada Golongan Wanita, Bibi Sunita seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Beliau juga salah seorang ahli Sekretariat Tanah Air yang sebelum ini beliau aktif dalam aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga dalam parti politik.

Setelah meninggalkan UMNO, beliau menyertai parti Pejuang Tanah Air dan membawa peranan sebagai Ketua Pejuanita Wilayah Persekutuan.

Kini, beliau meneruskan peranannya dalam membantu kumpulan yang memerlukan menerusi NGO beliau dan pada masa yang sama membantu negarawan Tun Dr Mahathir dalam agenda Proklamasi Orang Melayu.

Malayadaily mengambil peluang menemuramah beliau untuk mengenali dengan lebih dekat Bibi Sunita yang lebih mesra dipanggil ‘Kak Bibi’. Ikuti temubual bersama beliau.

Bibi Sunita – foto malayadaily.com

Bahagian 2 – Akhir

MD.com : Dengan masalah yang kita ketahui hari ini, bolehkah Proklamasi ini memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingnya nilai politik, amanah, kepimpinan?

Bibi : Soalan ini sangat-sangat relevan. Bolehkah Proklamasi ini kita dapat educate rakyat lah, untuk berikan kesedaran kepada rakyat supaya jangan terima, jangan ambil, jangan kita accept mereka-mereka yang mengamalkan perkara-perkara memberikan rasuah, memberikan kewangan dan sebagainya untuk mereka menjadi seorang pemimpin.

Saya rasa ia akan mengambil sedikit masa sebab kesedaran ini tidak timbul dengan satu perkara. Dia kena ada banyak perkara yang kita boleh jadikan contoh.

Contoh-contoh yang berlaku yang boleh mengakibatkan, kita tengok sekarang ni, atau you buka media sosial, orang yang bekerja di SPRM pun ada yang terjerumus mengikut nafsu mengambil rasuah dan sebagainya.

Proklamasi ini sebenarnya kita perlu ketengahkan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan, yang boleh memporak-perandakan masyarakat kita kalau masyarakat kita tidak mahu mengubah diri mereka untuk menolak unsur-unsur yang membabitkan perkara-perkara yang tidak baik ini.

Bila perkara yang kak Bibi sebutkan ini menjadi wabak, kalau kita ikut dalam Al Quran, bilamana kita bersekongkol dengan mereka-mereka yang bersikap sedemikian, maka Allah pastinya akan menurunkan bala dan bencana kepada kita.

Itu yang kita khuatirkan dan kalau kita mengaku diri kita seorang Melayu Islam, tidak ada Melayu Cina, Melayu India, Melayu Kristian. Kalau kita mengaku kita Melayu Islam kita kena berbalik kepada
Sunnah dan juga Al-Quran itu.

Sunnah dan juga Al Quran itu, kalau kita ikut sepenuhnya, tidak akan berlaku perkara ini dan tidak akan ada mereka-mereka yang bertindak mengikut perasaan semata-mata hendak mendapatkan habuan duit , seratus ringgit, dua ratus ringgit.

Pada Kak Bibi Proklamasi ini memberi jaminan untuk kita mengubah sikap, mentaliti yang ada dalam diri kita untuk kita ubah. Sebab, kita ni macam mana buruk sekalipun, kita tidak baik sekalipun, macam mana attitude kita tidak bagus sekali pun tapi sebagai seorang manusia, kita boleh mengubah sikap kita ini tau

Itu kemahuan diri kita sendiri. Samada kita nak ataupun kita tak nak. Jadi Proklamasi ini sebenarnya memberi jaminan kalau betul-betul kita percaya konsep untuk mengubah sesuatu kaum itu menjadi lebih baik adalah dengan menerima bahawasanya masalah-masalah yang ada pada bangsa Melayu kita ini bukan terletak pada bangsa lain

Saya agree with that. Ia tidak terletak pada bangsa lain, dia terletak pada bangsa kita sendiri. Tapi nak mengubah tu kena ada satu tools, kena ada satu mekanisma.

Proklamasi ini merupakan satu platform, mekanisma ataupun tools untuk memberikan kesedaran supaya..’come on, stop!’. “Apa yang you buat ni tak betul, please stop dekat sini” dan masyarakat yang nampak katakan pemimpin ini nak mengubah diri dia. Stop!

Daripada tidak baik menjadi baik, kita kena menerima dengan rasa keikhlasan untuk kita mengubah keadaan kita sekarang ini.

Pada Kak Bibi, kita kena berbalik ke asas la, kita tidak menafikan dalam dunia sekarang ini, kebanyakkan dari kita semua sedang mengejar masa, ada di kalangan pemimpin-pemimpin ini, apabila berkata-kata samada dalam manifesto mereka mahupun melalui janji-janji mereka kepada rakyat dan masyarakat, disebabkan mereka ini ingin meraih undi semata-mata, namun segala janji-janji yang mereka berikan hanya merupakan janji-janji palsu dan tidak mereka tunaikan kepada rakyat dan masyarakat

Sebenarnya yang paling penting sekarang ini ialah kita menjaga anak-anak buah kita. Kalau kita sebagai seorang pemimpin, katakan ketua kampung, ketua kampung tu ada 300 orang bawah dia, anak-anak buah dia la, anak-anak qariah dia.

Contohnya seorang ketua kampung, dia perlu dan kena ambil tahu, masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak buah di bawah jagaan dia, seperti kita buat bancian di setiap rumah dan mempunyai database.

Pergi rumah ni, ada 5 orang, pergi rumah sana ada 10 orang, kalau dia tahu mengatur dan membantu masyarakat kat bawah dia, masyarakat di bawah ini akan sentiasa menyokong dia dengan penuh keikhlasan kerana dia tahu ada pemimpin yang membantu mereka ini.

Jangan pula kita menunjuk keriakan kita bila kita dah diangkat sebagai pemimpin, kita menjadikan itu untuk diri kita sendiri, kepentingan diri kita sendiri.

Sebenarnya dalam keadaan apa sekali pun, kita kena jaga qariah kita dulu. Ya, pemimpin-pemimpin Islam yang dulu dia tidak pentingkan diri dia sendiri.

Dia give back kepada masyarakat dia dulu. Apa yang dia orang dapat kesemuanya dihadapkan kepada masyarakat dia dahulu. Sebab kita mesti perbaiki sistem pentadbiran yang sedia ada ini.

Apa yang Kak Bibi nampak sekarang ini, minta maaf cakap, dia diangkat menjadi pemimpin, menang bertanding, tetapi bila menang dan diangkat jadi pemimpin tiba-tiba berkereta besar, rumah tukar, rumah diperbaiki dan sebagainya.

Mana duit duit ini dapat? Dia akan timbul bermacam pertanyaan daripada masyarakat. Masyarakat datang, dia orang bukan datang kat pemimpin, dia orang datang kat sini nak minta laptop kita bukannya pemimpin tetapi setakat mana kita boleh bantu kita bantu.

Tapi bayangkanlah kalau semua pemimpin-pemimpin tak kiralah diperingkat Parlimen ke, diperingkat Daerah, diperingkat kampung tak kira. Pemimpin-pemimpin boleh jadi diperingkat sekolah.

Kalau dia dapat membantu masalah situasi yang berlaku ini, anak-anak sekolah punya problem dan sebagainya. Selidiki, kita kaji jadi itu pun anak-anak akan merasa oh, mak bapak pun rasa oh, cikgu pun..you know… That kind of thing yang kita kena create that kind of environment untuk kita punya negara ini.

Supaya masing-masing sedar, peranan pemimpin ini bukan setakat duduk dekat di situ bercakap, kadang-kadang dia orang bercakap saja, bukan buat kerja pun.

This is the problem yang kita hadapi dan saya tak nafi pun ada pemimpin yang bagus-bagus, baik-baik, tetapi akhirannya dia terpaksa meletakkan diri dia dalam kumpulan-kumpulan ini. Faham tak.

Dia nak merasa diri dia ada berkumpulan sebab diorang ni ada plot-plot berkumpulan. Bila plot-plot berkumpulan jadi pemimpin yang baik ini pun bila bercantum dengan kumpulan yang tak baik ini dia akan jadi tak baik. Itu yang kita kena betulkan.

MD.com : Jadi, bagi Kak Bibi, bagaimana seorang pemimpin itu harus dilihat?

Bibi : Yang paling penting kepada Kak Bibi apabila you diangkat sebagai pemimpin, you kena ada your own profiling untuk masyarakat yang you jaga.

Setiap masyarakat yang you jaga you kena ada profiling itu dan you kena ada konsistensi untuk bergerak turun ke masyarakat, untuk memahami, menjiwai apa yang berlaku dipersekitaran.

Sebab apa yang berlaku sebagai pemimpin mereka rasakan mereka dah tak ada masa, mereka serahkan kepada pegawai-pegawai. Jadi masalah-masalah rakyat dia tidak tahu, dia tidak selami apa yang berlaku.

Kita-kita yang di bawah ini selami, jadi Kak Bibi berharap kalau kita dah jadi seorang pemimpin atau diangkat untuk, diberikan amanah menjadi seorang pemimpin. Yang paling utama ialah kita kena tahu siapa dikalangan anak-anak buah kita dan apa masalah-masalah mereka dan konsistensi untuk membantu dan berusaha untuk sedikit sebanyak memberikan kemudahan kepada mereka.

Sebab kita banyak masalah dan kemungkinan besar tidak tertampung. Tetapi kalau katakan dalam peratusan masalah itu, setiap bulan kita konsisten, katakan daripada masalah yang banyak itu datang pada kita 100% kita konsisten, setiap kali masalah itu datang kepada kita 100% kita kurangkan percentage itu.

Contohnya yang datang itu 100 perkara tetapi kita boleh settle 30 perkara. Alhamdillah Syukur, jadi kita bawak lagi 70 perkara itu kita bawa ke depan. Kita selesaikan balik daripada 100 perkara 30 percent kita selesaikan.

Jadi dalam masa yang kita mentadbir itu tadi nanti, semua masalah-masalah itu dapat diselesaikan. This is the thing yang kita kena buat dan lakukan supaya rakyat boleh nampak yang pemimpin yang diangkat ini beramanah, Bersih, Cekap dan Amanah. Itu yang selalu kita sebut. Tun sebut Bersih, Cekap Amanah.

Bibi Sunita bersama Tun Mahathir – foto Bibi Sunita

Apa maksud Bersih Cekap Amanah ini? Kita menjalankan amanah kita itu untuk memberikan kemudahan kepada rakyat-rakyat yang bergantung harap dekat kita.

Untuk menjadi suara mereka. Kalau kita tak dapat membantu mereka dari segi kewangan pun tetapi apa cara kita boleh salurkan untuk membantu mengatasi masalah mereka. Sedikit sebanyak kalau kita ada that kind of arrangement lah ya, atau pun schedule atau pun usaha, Kak Bibi rasa rakyat akan tahu pemimpin yang mana diorang nak pilih.

MD.com : Adakah keadaan ini boleh berubah? Apa nasihat yang Kak Bibi boleh beri.

Bibi : Kak Bibi juga seorang rakyat. Sebagai seorang rakyat, Kak Bibi mohon kepada semua rakyat kita supaya faham untuk kita mengubah sesuatu perkara menjadi lebih baik, kita kena berani mengambil risiko yang ada tetapi risiko yang ada ini kita yakin bahawasanya apa yang kita sokong, apa yang kita nampak boleh membuahkan hasil ini bila mana semua orang menolak tepi ideologi masing-masing, yang penting ialah kita nak buat kebaikan, menambah baik apa yang berlaku sekarang ini supaya kita semua mendapat manafaatnya dan mendapat keadilan.

Bukan kesaksamaan dengan bangsa-bangsa lain tetapi keadilan. Keadilan dia bagaimana? Agar ekonomi kita sama tinggi dengan bangsa lain.

Duduk pun sama rendah dengan bangsa lain. Tidak ada jurang dengan bangsa-bangsa lain. Untuk mengatasi gaps ini, rakyat-rakyat kena bersatu hati untuk menyokong Proklamasi Orang Melayu ini kerana Proklamasi Orang Melayu ini melangkaui batasan politik dan idoelogi.

Kita tolak tepi pangkat Dato’ Seri, Datin atau apa jua jawatan masing-masing, kita tolak tepi ideologi-ideologi politik dan kepentingan peribadi masing-masing, bukan hanya ketua saja yang boleh bersuara, ahli-ahli tidak boleh bersuara. Ini tak boleh!

Sepatutnya dilantik sebagai ketua, kita ni sebagai ahli-ahli kena bersuara dan ahli-ahli punya suara ini majoriti pemimpin kena akur.

Begitu juga rakyat, kita kumpul semua sekali suara rakyat ini menjadi satu, lepas itu kita angkat suara rakyat ini untuk mengubah pemimpin kat atas untuk menerima pandangan kita kat bawah ini. Itu yang paling penting sebab itu kita kena menyokong Proklamasi ini.

SEKIAN

Facebook
Twitter
WhatsApp