TERKINI

Kehadiran AI, Apa Nasib Sektor Pekerjaan?

Sawal Hamid Md Ali – grfaik malayadaily.com

Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu AI (artificial intelligence) atau Kecerdasan Buatan sektor pekerjaan.

MD.com : Apakah teknologi AI akan beri kesan buruk kepada sektor pekerjaan?

Dr Sawal : Semenjak revolusi industri 4.0 bermula, impak IR4.0 ini terhadap sektor pekerjaan telah pun dibincangkan.

AI adalah salah satu komponen didalam revolusi industri 4.0. Perkembangan pesat revolusi industri 4.0 dan AI khususnya, sememangnya memberi impak kepada pekerjaan.

Perkembangan teknologi ini akan merubah lanskap bidang pekerjaan dimana sektor pekerjaan berkemahiran rendah (low-skilled labours) akan terjejas manakalah sektor pekerjaan berkemahiran tinggi (high-skilled labours) yang mempunyai nilai tambah akan berkembang.

Oleh itu, ianya bukanlah memberikan kesan buruk kepada sektor pekerjaan, tetapi ianya merubah landskap pekerjaan. Bidang pekerjaan yang menggunakan buruh secara intensif yang melakukan kerja-kerja rutin, akan digantikan dengan penggunaan robot dan AI.

Ini adalah kerana dengan teknologi AI, sistem atau robot boleh diajar untuk melakukan kerja-kerja ini secara automasi. Peningkatan penggunaan robot dan AI akan meningkatkan automasi didalam operasi dan meningkatkan kecekapan.

Akibatnya, keperluan terhadap tenaga buruh dibidang seperti ini akan berkurang. Sebaliknya, tenaga buruh diperlukan dengan banyak didalam bidang-bidang pembangunan sistem automasi ini.

Penggunaan robot dan AI memerlukan pembangunan sistem. Disini akan melihatkan peningkatan permintaan untuk pekerjaan system developer, system integrator, coders, data analytics dan beberapa pekerjaan berkemahiran tinggi yang lain.

Oleh itu, masyarakat perlu bersedia untuk berubah kearah pekerjaan berkemahiran tinggi.

MD.com : Adakah sektor ini akan menghadkan peluang pekerjaan khususnya dalam bidang pekerjaan 3D.

Dr Sawal : Bidang pekerjaan 3D sering dikaitkan dengan bidang yang menggunakan jentera berat. Didalam perkembangan revolusi industri 4.0, bidang seperti ini mengalami perkembangan yang drastic dimana penggunaan robot meningkat.

Robot ini pula dilengkapi dengan kepintaran buatan (AI) yang membolehkan mereka membuat tindakan (decision). Ini secara langsung telah mengambil alih tugas-tugas yang biasanya dilakukan oleh manusia.

Oleh itu, bidang seperti ini akan memperlihatkan peluang pekerjaan yang semakin terhad. Diantara keperluan yang tinggal adalah untuk mengaturcara dan memantau operasi yang dibuat oleh jentera-jentera atau robot ini.

Maka ini telah pun mengurangkan permintaan pekerjaan didalam sektor ini.

MD.com : Apakah jalan terbaik untuk kita bersedia dengan kehadiran teknologi AI dalam industri kita?

Dr Sawal : Secara ringkasnya, kata kunci yang saya boleh gunakan adalah `berubah’. Kita perlu bersedia untuk berubah.

Perubahan didalam lanskap pekerjaan akan tetap berlaku samada kita suka atau tidak. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk meningkatkan kemahiran didalam sektor bernilai tinggi.

Sejajar dengan perkembangan Pendidikan dan jugak teknologi internet, masyarakat berpeluang untuk meningkatkan kemahiran didalam sektor-sektor seperti pembangunan sistem, pembangunan algorithm, pembangunan automasi dan juga penggunaan tekonologi digital.

Kemahiran dalam penggunaan teknologi digital pula akan membuka peluang dalam pelbagai bidang yang masih memerlukan kemahiran manusia seperti creativity.

Walaupun aspek kreativiti ini juga mungkin boleh dibuat oleh AI, tetapi setakat ini kemahiran kreativiti manusia masih diperlukan. Kesimpulannya, kita perlu bersedia untuk mempunyai ilmu pengetahun yang berkaitan dengan penggunaan teknologi digital yang merangkumi pelbagai aspek untuk mempunyai kemahiran tinggi dengan nilai tambah.

Selain daripada itu, kemahiran didalam sektor keusahawanan termasuklah usahawan teknologi (technopreneur) boleh membantu untuk menghadapi perubahan landskap pekerjaan ini.

-malayadaily.com

Sawal Hamid Md Ali ialah Profesor Microelectronic and Embedded System Design di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menerima ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektronik dan Komputer dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998, ijazah Sarjana dalam Reka Bentuk Sistem Mikroelektronik dari University of Southampton pada tahun 2004 dan ijazah Ph.D dalam bidang elektrik dan elektronik dari University of Southampton, United Kingdom pada tahun tahun 2010. Hasil kerja beliau melibatkan beberapa bidang termasuk Internet of Things, Sistem Isyarat Analog dan Bercampur, Reka bentuk Sistem pada Cip, sistem boleh pakai dan sistem tertanam (Embedded syatem). Beliau kini merupakan Timbalan Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Facebook
Twitter
WhatsApp