TERKINI

15 Satelit Starlink Internet Dilancar ke Orbit

Falcon9 – Foto Kennedy Space Center

LOS ANGELES, 21 Julai 2023 – Syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat (AS) SpaceX melancarkan 15 lagi satelit Starlink ke orbit pada Khamis, lapor Xinhua.

Satelit itu dilancarkan di atas roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkasa Vandenberg di California pada pukul 12.09 pagi (EDT Khamis).

Starlink akan menyediakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi ke lokasi yang tidak mempunyai akses, tidak stabil atau mahal, menurut SpaceX. – Bernama

Facebook
Twitter
WhatsApp