GENEVA, 18 Sept 2023 – Beijing digesa lebih banyak maklumat mengenai asal-usul COVID-19 dan bersedia menghantar pasukan kedua untuk menyiasat perkara itu, lapor Financial Times pada Ahad.
Menurut, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.
Beliau juga menggesa Beijing untuk memberi kerjasama yang penuh agar kekeliruan berkenaan asal usul virus itu dapat diselesaikan.
Jelasnya setakat ini hanya hipotesis berkenaan asal usul virus itu sahaja yang ada, namun perincian lanjut masih beluk diketahui.
Ia sekaligus menyukarkan laporan penuh berkenaan virus tersebut yang boleh digunapakai untuk tujuan kajian dan penyelidikan pada masa akan datang.
COVID-19 mula dikenal pasti di bandar Wuhan di China pada Disember 2019, dengan ramai yang mengesyaki ia merebak di pasar haiwan hidup sebelum merebak ke seluruh dunia dan membunuh hampir 7 juta orang. – Awani