TERKINI

Belia Pemangkin Negara

Gambar hiasan – malayadaily.com

Saudara dan saudari sekalian,

Sering kita kita dengar ungkapan bahawa golongan belia penentu masa depan masyarakat dan negara. Pentingnya belia bukan sahaja pada bilangan mereka yang ramai tetapi peranan mereka sebagai penyambung antara satu generasi dengan satu generasi.

Sejak merdeka, belia negara kita telah turut menyumbang kepada proses pembinaan dan pembangunan negara meliputi aspek politik , ekonomi, sosial, budaya mahupun pendidikan.

Belia merupakan tulang belakang kepada kukuhnya sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu usaha- usaha perlu ditumpukan kepada peningkatan keupayaan dan kecekapan bagi memacu belia agar boleh berdaya saing dengan negara lain.

Dizaman ini, tekanan yang dihadapi oleh belia adalah lebih mencabar. Belia terdedah dengan pelbagai budaya dari seluruh dunia. Jika dahulu didikan hanya terhad kepada ibu bapa, guru dan masyarakat setempat, hari ini melaui media cetak dan elektronik serta kemudahan yang lain.

Tidak semua yang didedahkan kepada belia buruk.Tetapi kerapkali sukar bagi menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika silap membuat pilihan maka buruklah masa depan negara dan bangsa.

Untuk belia maju kehadapan, kita perlulah membendung perkara negatif dan mengamalkan nilai dan budaya yang mulia yang memelihara maruah dan kehormatan bangsa.

Ada masanya untuk berseronok dan ada masanya utuk bekerja. Kebebasan diri secara tidak terhad akan mengekalkan kita sebagai bangsa yang mundur dan terhina.

Belia hari ini yang akan bertanggungjawab terhadap pencapaian masa depan negara. Belia tidak harus membenarkan diri mereka diresapi budaya dan nilai hidup barat yang tidak sesuai dengan kemajuan.

Belia hendaklah mendisplinkan diri dan sanggup melawan arus pemikiran dan budaya asing yang jelas sudah melampaui batas.

Akhir kata, seharusnya belia harus sedar dan memahami bahawa matlamat negara ialah untuk mencapai kestabilan politik, kaum dan keamanan hidup.

Asas yang penting ini diperlukan untuk membawa negara memasuki era pembangunan yang maju dalam tempoh mendatang. Kita mahu menjelang tempoh itu belia dan negara kita akan menjadi lebih matang maju progresif serta dihormati dan disanjung oleh negara-negara lain.

SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2023

Muhammad Arsyad Bin Mohd Alias

Sekretariat Tanahair

Facebook
Twitter
WhatsApp