TERKINI

Fakta Penting Tentang AI Dan Pekerjaan Pada Masa Depan

Gambar hiasan – foto nesabamedia

1. Kecerdasan Buatan – Artificial Intelligence (AI) dilihat mencipta jutaan pekerjaan dan kini merangkumi peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Amerika Syarikat.

2. Berdasarkan kajian CEO Global Tahunan PwC., 63 peratus ketua pegawai eksekutif percaya AI bakal mencetus impak yang lebih besar berbanding internet.

3. Walaupun teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) akan mengubah corak dunia, namun AI tidak akan mengakibatkan pengangguran besar-besaran. Sebaliknya teknologi AI akan mencipta lebih banyak pekerjaan daripada yang diautomatkan.

4. Dari Kajian Kecerdasan Buatan Global PwC, menjelang tahun 2030, AI akan membawa meningkatkan KDNK global yang dianggarkan sebanyak AS$15.7 trilion (RM70.03 trilion), iaitu kenaikan sebanyak 26 peratus. Ia lebih besar berbanding KDNK China dan India pada ketika ini.

5. Pekerjaan ini akan memerlukan kemahiran baharu dan memerlukan pelaburan yang signifikan dalam menaik taraf kemahiran dan membina semula kemahiran tenaga muda.

6. Peningkatan produktiviti akan menyumbang sekitar 40 peratus sementara penggunaan akan mendorong pertumbuhan KDNK sebanyak 60 peratus.

7. Dalam tempoh lima tahun akan datang, separuh daripada tenaga kerja akan memerlukan kemahiran-kemahiran baru atau pembelajaran semula untuk bersedia menghadapi pekerjaan baharu. – awani

Facebook
Twitter
WhatsApp