TERKINI

Pertemuan Tun M-Hj Hadi : Mahfuz Omar Jangan Buat Andaian – Khairuddin

Foto proklamasi orang melayu

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2023 – Mahfuz Omar dinasihatkan agar jangan membuat andaian berhubung pertemuan Tun Dr Mahathir dan Tuan Guru Tan Sri Haji hadi Awang, kerana beliau tidak berada bersama ketika itu.

Ketua Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dalam satu kenyataan hari ini antara lain mengingatkan agar Naib Presiden Parti Amanah Negara itu jangan cepat menghukum orang lain sebagai munafiq.

“Ketika perjumpaan di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Tuan Guru Tan Sri Haji Hadi Awang di kediaman mantan Perdana Menteri dua kali itu Mahfuz Omar tidak ada bersama pun.

“Janganlah suka buat andaian yang tidak berasas serta cepat hendak menghukum orang lain sebagai munafiq dan sebagainya. Ujarnya.

Khairuddin berkata, sebaliknya Mahfuzlah yang munafiq kerana beliau bersekongkol dengan Zahid Hamidi yang dahulunya dicemuh dengan pelbagai gelaran.

“Naib Presiden AMANAH ini sanggup bersekongkol dengan Zahid Hamidi kini yang dahulunya beliau mencemuh pemimpin-pemimpin UMNO dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan.

Mahfuz Omar baru-baru ini menyifatkan sokongan Presiden PAS terhadap Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menyerlahkan kemunafikan politik kedua-dua pemimpin berkenaan. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp