TERKINI

Isu sekolah vernakular: Kenyataan Prof Teo adalah pendapat akademik – NGO

Sirajuddin Hj Salleh (gambar kecil) – malayadaily.com

PUTRAJAYA, 15 Mac 2024 – Pertubuhan Gerakan Qiam berpendapat kenyataan Profesor Emeritus Dato’ Dr Teo Kok Seong tidak mengandungi apa-apa yang bersifat perkauman, malah kenyataan tersebut adalah pandangan akademik berdasarkan prinsip kebebasan akademik.

Dalam satu kenyataan media, Presidem Qiam, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh berkata, kebebasan bersuara tokoh tersebut tak boleh dipersoalkan kerana hak tersebut dijamin di bawah perlembagaan persekutuan.

“Qiam berpendapat, kenyataan Prof Teo tiada apa-apa yang bersifat perkauman kerana beliau hanya menerangkan dan memberikan pendapat akademik mengenai perkara tersebut.

“Kebebasan bersuara Prof Teo tidak boleh dipersoalkan kerana ia telah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selagi tiada penyalahgunaan ke atasnya. Ujar Sirajuddin.

Menurut Sirajuddin lagi, kebebasan bersuara sebaiknya dibincangkan dengan ruang yang lebih bebasan dan mengalu-alukan lebih banyak pendapat.

Beliau menegaskan pada hari ini terlalu mudah untuk mana-mana pihak menyamakan pendapat, perselisihan faham, ketidak-sejutuan, rasa tidak puas hati dan ejekan terhadap sesuatu perkara terutamanya yang berkaitan dengan 3R.

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pensyarah dan Felo Majlis Profesor Negara Profesor Emeritus Datuk Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelumnya, Teresa Kok di Dewan Rakyat meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan rasis.

Ahli Parlimen Seputeh itu menggesa pihak polis menyiasat ahli akademik, Teo Kok Seong berhubung rakaman video di TikTok yang mendakwa sekolah jenis kebangsaan Cina menyebarkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu. – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp