TERKINI

Fakta Unik Tentang Sukan Olimpik Paris 2024

Gambar hiasan – malayadaily.com

Majlis Perasmian Pertama di atas Air : Sungai Seine akan menjadi tuan rumah majlis perasmian, laluan air sepanjang 6 km melalui pusat bandar Paris akan menempatkan lebih 600,000 penonton di sepanjang tebing sungai.

Acara ‘Breakdance’ : Menjadi yang pertama dipertandingkan di sukan Olimpik. 16 B-Boys dan 16 B-Girls bersaing untuk pingat emas Olimpik yang pertama.

Marathon : Ini merupakan kali pertama atlet amatur marathon akan menyertai larian di laluan maraton Olimpik pada waktu malam, mengikut laluan yang sama dengan Olympians yang bertanding. Larian ini akan melalui jalan-jalan bersejarah Paris dalam acara unik selepas waktu kerja.

Luncur Air : Acara ini akan diadakan di Tahiti, Polinesia Perancis, yang berada hampir 10,000km dari Kota Paris, ini merupakan rekod baharu untuk jarak terjauh acara Olimpik dari bandar tuan rumah.

Lokasi ikonik sebagai tapak acara : Bola Tampar Pantai akan berlangsung di kaki Menara Eiffel yang terkenal. Manakala acara berkuda akan diadakan di taman Istana Versailles dengan ‘skate boarding’ diadakan di Place de la Concorde.

Sungai Seine : Sungai terbuka ini akan menjadi lokasi bagi acara renang air terbuka dan triatlon. Ini dipilih selepas usaha pembersihan yang menyeluruh sebagai memenuhi impian selama 30 tahun untuk menjadikan sungai itu boleh berenang kembali.

Pingat Olimpik : Sekeping besi heksagon yang digilap yang diambil dari Menara Eiffel akan disematkan dalam setiap pingat Emas, Perak dan Gangsa. Pemenang akan dapat membawa sekeping ikonik sejarah Paris bersama mereka.

Maskot : Maskot Paris 2024 dinamakan Olympic Phryge (disebut freej-uh) direka bentuk menyerupai topi Phrygian, juga dikenali sebagai topi kebebasan. Topi telah menjadi simbol kebebasan sepanjang sejarah Perancis.

Persamaan Gender : Buat pertama kali dalam 128 tahun sejarah Olimpik moden, bilangan atlet lelaki dan wanita yang sama akan bertanding.

Kondom : Terkenal dengan jolokan Kota cinta, ia meneruskan tradisi dengan menyediakan 300,000 kondom kepada 9,000 atlet (iaitu dua kali sehari, setiap hari). – malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp