TERKINI

Kenapa DAP Nak Sangat RUU PSB(URA)?

Dah dengar tentang Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang Menteri Perumahan nak push sekarang?

Mereka hanya tunjuk bahagian manis… tapi tak cerita benda yang anda patut risau

Rang Undang-Undang ni ada tiga bahagian:

Urban Regeneration – baik, untuk bangunan lama rosak. Kalau 51% pemilik setuju, boleh dibaiki. Logik.

Urban Revitalization – nak hidupkan semula kawasan tertentu.

Urban Redevelopment – ini bahaya.

Kenapa? Sebab kerajaan boleh isytihar mana-mana kawasan — walaupun bangunan baru bawah 30 tahun — sebagai ‘renewable area’ untuk redevelopment.

Kalau 80% pemilik setuju, 20% yang bantah boleh dipaksa lepaskan tanah ikut Akta Pengambilan Tanah. Forced acquisition.

Dan projek ni hanya boleh dibuat oleh pemaju yang diluluskan menteri. Pemilik hartanah macam anda? Zero control.

Ini bukan pasal baiki kawasan usang. Ini pasal pindahkan orang, musnahkan komuniti — untuk bina projek high density, high profit.

Anda rasa selamat sebab rumah anda bukan flat lama? Fikir balik. Kalau anda tinggal di Klang Valley, Penang, Johor… rumah landed atau kawasan low density, anda dalam risiko.

Ya, anda dapat pampasan. Tapi lokasi, komuniti, cara hidup? Itu tak ternilai dan tak boleh dapat seperti yang anda harapkan.

Kita bina komuniti ini dengan susah payah. RUU ini boleh musnahkan semuanya sekelip mata.

Jangan biar mereka luluskan RUU ini secara senyap.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili malayadaily.com

Facebook
Twitter
WhatsApp